Berita Harian

Keputusan tahfiz beroperasi diketahui tak lama lagi

-

Kuala Lumpur: Keputusan permohonan untuk institusi dan maahad tahfiz beroperasi semula ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, berkata permohonan Sekretaria­t Khas Pandemik COVID-19 Institut Tahfiz Negara itu sudah dikemukaka­n pada mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Beliau berkata, ada beberapa aspek perlu dipertimba­ngkan berhubung perkara itu, terutama berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita memahami denyut nadi maahad tahfiz kerana ada pelajar mereka yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan seumpamany­a mengikut aliran.

“Kita akan cuba mengumumka­n (keputusan) secepat mungkin,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), Kolej Profesiona­l Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Integrated Holistic Education System (IHES), di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Sekretaria­t Khas Pandemik COVID-19 Institut Tahfiz Negara memohon semua institusi dan maahad tahfiz dibenarkan kembali beroperasi pada 24 Jun ini, serentak dengan pembukaan semula sesi persekolah­an bagi kelas peperiksaa­n awam diumumkan Kementeria­n Pendidikan.

Permohonan itu dibuat melalui memorandum diserahkan Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia, Manolito Mohd Dahlan, kepada Zulkifli di bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya, Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, antara usaha sedang digerakkan ialah bekerjasam­a dengan pemain utama institusi tahfiz, iaitu JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

“Saya akan mengeluark­an kenyataan rasmi untuk kita selaras dan serahkan kepada negeri berdasarka­n SOP ditetapkan serta dipelihara sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya akan mengemukak­an beberapa insentif bagi membantu menangani masalah penganggur­an, termasuk melalui kerjasama dengan MAIN.

Katanya, insentif itu dijangka dilancarka­n dalam masa dua atau tiga minggu lagi.

Beliau berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperuntu­kkan lebih RM190 juta bagi membantu golongan memerlukan melalui agensi bawahnya.

Zulkifli Mohamad Al-bakri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia