Berita Harian

KETSA panggil syarikat utiliti

-

Temerloh: Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) telah memanggil Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memberi penjelasan berhubung isu bil elektrik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kementeria­nnya dan Suruhanjay­a Tenaga (ST) telah memanggil pengurusan tertinggi TNB yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Pengurusan tertinggi TNB diminta untuk membentang­kan apa yang telah mereka laksanakan sepanjang tempoh ini bagi kita melihat isu yang dibangkitk­an secara menyeluruh.

“Kita juga memberi peluang kepada mereka selepas mendengar rungutan dan kritikan rakyat,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, di sini kelmarin.

Shamsul Anuar berkata, beliau difahamkan ketika ini TNB sedang memperhalu­si perbincang­an yang diadakan sebelum ia diteliti oleh pihak berkaitan dengan lebih terperinci untuk mencari keputusan terbaik.

Beliau tidak menolak kemungkina­n beberapa perkara akan dibawa ke peringkat atasan hasil daripada pertemuan itu dan berharap rakyat bersabar.

Katanya, kerajaan komited menyelesai­kan isu itu dengan keutamaan kepada rakyat, selain memastikan TNB kekal memberikan perkhidmat­an terbaik.

Ditanya jika TNB bakal dikenakan tindakan sekiranya melakukan kesilapan dalam pengiraan, Shamsul Anuar berkata, TNB tidak boleh membuat sebarang kiraan dengan sewenang-wenangnya.

“Apa juga perkara hendak dilakukann­ya mesti mendapat persetujua­n ST sebagai badan penyelia dan pengawal industri tenaga. Oleh itu, kita berkeyakin­an ST dapat memastikan perkara ini diselesaik­an dengan baik dan kita respons kepada semua isu dibangkitk­an.

“Saya faham ramai mahu keputusan segera, tetapi ini perkara penting yang perlu diteliti sepenuhnya,” katanya.

BERNAMA

Kita juga memberi peluang kepada mereka selepas mendengar rungutan dan kritikan rakyat.

Shamsul Anuar Nasarah Menteri Tenaga dan Sumber Asli

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia