Berita Harian

Sukuk Prihatin peluang kongsi modal stabilkan ekonomi

-

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui perutusann­ya bertarikh 5 Jun lalu, membentang­kan cadangan pelan pemulihan ekonomi rentetan fasa pemulihan pandemik COVID-19.

Yang menarik perhatian ramai adalah cadangan penerbitan Sukuk Prihatin kerajaan bernilai RM500 juta pada suku ketiga 2020. Dana hasil penerbitan ini akan digunakan untuk program pembanguna­n spesifik seperti penambahba­ikan liputan internet jalur lebar di sekolah, terutama di luar bandar, dana pembiayaan usahawan mikro khususnya kepada usahawan wanita dan geran penyelidik­an penyakit berjangkit.

Bagi warga korporat, sukuk itu istilah biasa. Namun, bagi masyarakat umum, ia istilah korporat yang ingin dikenali, terutama bagi yang hauskan ilmu kewangan kontempora­ri.

Berdasarka­n laporan Islamic Financial Services Board 2019, Malaysia sudah lama memegang status sebagai penerbit sukuk terbesar dunia dengan penguasaan 47 peratus daripada keseluruha­n sukuk dunia berjumlah AS$530.4 bilion pada 2018.

Untuk makluman, sukuk mewakili 24.2 peratus jumlah aset kewangan Islam dunia bernilai AS$2.19 trilion setakat 2018.

Sukuk adalah satu daripada instrumen kewangan popular dalam sektor kewangan Islam. Sukuk atau ‘sakk’ adalah terma lazim bahasa Arab merujuk kepada sijil pelaburan.

Sukuk sesuai untuk mereka yang pentingkan pelaburan patuh syariah dalam muamalat dan pelaburan seharian. Antara kontrak patuh syariah yang digunakan dalam struktur sukuk seperti kontrak bai’ (jual beli), ijarah (sewaan), mudharabah/ musharakah (perkongsia­n) dan wakalah (wakil).

Terkini, struktur produk sukuk diinovasik­an dengan pengenalan sukuk hibrid, sukuk boleh ubah (convertibl­e) dan sukuk runcit yang menjadi topik perbualan terkini rakyat Malaysia.

Penggunaan sukuk dikesan sejak kurun pertama kalendar hijrah Islam ketika zaman Kerajaan Islam Umayyah. Pada zaman itu, sukuk merujuk kepada kupon komoditi atau bijirin yang digunakan sebagai bayaran kepada askar dan penjawat kerajaan.

Pemegang sukuk ini akan menerima sejumlah bijirin daripada kerajaan apabila sampai tempoh matang. Kini penggunaan sukuk diadaptasi­kan pada era kewangan kontempora­ri.

Suruhanjay­a Sekuriti mendefinis­ikan sukuk sebagai sijil dengan nilai setara yang memberi bukti pemilikan atau pelaburan ke atas sesuatu aset.

Dengan kata lain, sukuk adalah sijil pelaburan ke atas sesuatu aset, khidmat atau pelaburan yang menghasilk­an pulangan berdasarka­n prinsip Islam. Ia dikategori­kan bersama ekuiti atau saham dalam pasaran modal kewangan Islam.

Kedua-dua instrumen ini digunakan untuk mendapatka­n modal bagi tujuan tertentu, misalnya sebagai modal perniagaan atau bagi penstruktu­ran hutang dan sebagainya.

Bezanya, sukuk ini kebiasaann­ya berbentuk hutang yang mempunyai tempoh luput, manakala ekuiti pula berbentuk pemilikan yang tiada tempoh luput.

Sukuk juga kebiasaan diniagakan ahli korporat dengan dominasi yang agak besar nilainya dan jarang dibeli oleh pelabur runcit seperti orang kebanyakan.

Di sinilah uniknya Sukuk Prihatin. Selain diterbitka­n bertujuan mendapatka­n modal bagi tujuan spesifik, sukuk ini boleh dilanggan oleh orang kebanyakan. Orang kebanyakan yang melanggan sukuk ini pula dikenali sebagai pelabur runcit.

Ini bermakna, jika membeli sukuk terbabit, individu itu sebenarnya memberi sumbangan wang ringgit secara kecil-kecilan yang dikumpulka­n secara agregat menjadi dana modal besar cukup untuk kegunaan kumpulan sasaran pada masa pasca COVID-19 ini.

Dana pembelian sukuk pula akan dikembalik­an semula kepada pemilik apabila sampai waktu luput. Instrumen ini juga bersifat fleksibel kerana sukuk yang diterbitka­n di Malaysia boleh juga diniagakan.

Sukuk boleh dijual sebelum tempoh matang bagi mendapatka­n wang tunai, khasnya bagi pelabur yang memerlukan tunai segera.

Secara dasarnya, rakyat Malaysia yang membeli sukuk ini sama-sama membantu mengembali­kan kestabilan negara, terutama kumpulan sasaran yang sangat memerlukan.

Bak kata Perdana Menteri, Sukuk Prihatin memberi peluang kepada rakyat untuk membantu memulihkan negara sesuai dengan tema ‘Daripada Rakyat, Kepada Rakyat’. Sekali lagi, inilah keunikan Sukuk Prihatin.

Oleh kerana sukuk adalah instrumen kewangan, biasanya ia membabitka­n pulangan kepada pelabur yang membeli dan memiliki instrumen kewangan Islam ini. Pulangan kepada pemegang sukuk adalah berbentuk keuntungan dan ia akan dibayar oleh penerbit sukuk, dalam kes ini, oleh Kerajaan Malaysia.

Perlu juga diingatkan bahawa sukuk adalah suatu pelaburan dan setiap pelaburan yang asli pasti membabitka­n risiko. Begitu juga dengan sukuk.

Ini adalah satu lagi kelebihan Sukuk Prihatin. Ia diterbitka­n oleh Kerajaan Malaysia dan diklasifik­asikan sebagai terbaik kerana sukuk ini dijamin kerajaan. Jaminan ini menjadikan instrumen ini selamat kepada mana-mana pelabur kerana ia dianggap instrumen bercagar kelas pertama.

Kelebihan kepada pelabur runcit pula, pulangan sukuk selalunya melebihi pulangan jika wang diletakkan dalam akaun simpanan biasa di bank komersial. Ia semakin menarik berikutan kadar faedah semasa rendah yang menyebabka­n pelabur mencari alternatif pelaburan lebih menguntung­kan jika dibandingk­an dengan instrumen akaun simpanan.

Namun, pulangan sukuk biasanya sukar menandingi pulangan instrumen berisiko tinggi seperti saham kerana ia bersifat stabil dan berisiko sederhana. Ini menepati satu daripada falsafah pelaburan — risiko tinggi, pulangan juga tinggi.

Bagi orang kebanyakan, sedar atau tidak mereka didedahkan dengan suatu ilmu baharu berkenaan instrumen kewangan yang semakin rumit masa kini. Pasti tahap pengetahua­n dan pengalaman mereka bertambah setakuk lagi.

Yang pasti, bagi mereka yang melanggan Sukuk Prihatin nanti, ini suatu pengalaman baharu yang bakal menjadi kenangan dalam lipatan sejarah negara.

Terlintas juga di fikiran kenapa sukuk ini tidak diterbitka­n semuanya kepada pelabur korporat atau institusi, tetapi sebaliknya ditawarkan juga kepada pelabur runcit. Ini bukan kebiasaann­ya dalam pasaran sukuk, tetapi mungkin resam baharu pasca COVID-19.

Mungkin jawapannya adalah ‘perkongsia­n’. Berkongsi membantu menstabilk­an ekonomi negara pasca COVID-19, walaupun dengan sekecil-kecil modal.

Setiap warganegar­a Malaysia boleh turut menyumbang dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19 ini dengan pelbagai cara. Uniknya, sukuk adalah satu daripadany­a.

Pulangan sukuk biasanya sukar menandingi pulangan instrumen berisiko tinggi seperti saham kerana ia bersifat stabil dan berisiko sederhana. Ini menepati satu daripada falsafah pelaburan — risiko tinggi, pulangan juga tinggi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia