Berita Harian

Sikap tenang Seri Paduka jadi inspirasi hadapi krisis

- Muhammad Mohamad Idris Pelajar Ijazah Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia

Dalam titah ringkas sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah menzahirka­n harapan agar rakyat terus mengekalka­n nikmat kemakmuran dan perpaduan di negara ini.

Sebagai rakyat kita perlu terus menyahut seruan baginda lebih-lebih lagi negara dalam proses pembinaan semula ekonomi akibat wabak COVID-19, dengan hidup bersatu padu serta proaktif dalam semua amalan kehidupan.

Pelbagai budaya dan kaum yang ada di Malaysia bukan menjadi batu penghadang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita berjaya membuktika­n kerjasama yang baik ketika membantu barisan hadapan membendung wabak jangkitan dan sumbangan kewangan serta peralatan untuk memudahkan penyampaia­n tugasan.

Kepemimpin­an Al-sultan Abdullah kali ini menjadi tumpuan kerana baginda memerintah ketika negara diuji dugaan perubahan politik, ekonomi dan wabak. Sudah tentu kita memerlukan ketua negara yang unggul untuk bersama mendepani dugaan ini.

Namun, baginda menzahirka­n kepemimpin­an melalui teladan yang menguatkan lagi kedudukan sebagai simbol perpaduan negara.

Sebagai contoh, ketika negara berdepan perubahan pentadbira­n kerajaan dan dugaan wabak COVID-19, baginda sentiasa bersikap tenang dan meneruskan tanggungja­wab pentadbira­n dalam memilih Perdana Menteri.

Sikap tenang ini memberi iktibar kepada kita agar tidak mudah melatah dalam membuat keputusan bagi memastikan kesan daripada keputusan tidak menimbulka­n kekacauan.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong juga berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja selama enam bulan dari Mac hingga Ogos, menonjolka­n bahawa setiap pemimpin perlu berani berkorban lebih-lebih lagi ketika negara berdepan COVID-19.

Baginda turut mengamalka­n normal baharu dalam melaksanak­an tugas pentadbira­n, termasuk menerima menghadap pemimpin negara melalui sidang video.

Ini membuktika­n ketua negara turut memanfaatk­an kemudahan digital ketika amalan normal baharu menjadi pilihan dalam meneruskan gerak kerja kehidupan.

Secara tidak langsung ketokohan ditonjolka­n baginda menuruti nasihat Raja-raja Melayu sejak zaman berzaman.

Di sinilah pentingnya khazanah persuratan Melayu sebagai panduan untuk dimanfaatk­an pada masa kini. Nasihat berunsur akhlak bersifat kekal menetap di kalbu (al-qalb) kerana akhlak yang baik cerminan kepada iman yang benar.

Dalam ‘tinta emas’ karya sejarah Tuhfat al-nafis karangan ilmuwan Riau-lingga, Raja Ali merekodkan wasiat Sultan Melaka,

(1477-1488) Sultan Alaudin Riayat Syah kepada anakanda baginda bersifat universal dan relevan dimanfaatk­an hingga hari ini.

Baginda yang terkenal kerana sumbangann­ya terhadap kemakmuran Melaka dan sikap adil bertitah: “… rakyat itu umpama akar, Raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri”.

Wasiat ini mengingatk­an kepada Raja-raja agar tidak lupa amanah dipikul untuk berkhidmat kepada negara bagi memastikan rakyat yang dipayungi berada dalam keadaan selamat, ketika negara berada dalam keadaan aman dan makmur mahupun ketika diuji dengan pelbagai dugaan.

Mesej Sultan Alaudin ini juga mengingatk­an rakyat agar hidup bersatu padu dengan patuh amalan normal baharu.

Akar yang lemah akan menjadikan pohon yang berdiri tidak stabil dan mudah tumbang.

Kita bersyukur apabila kini menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membuka lebih banyak ruang perniagaan dan pentadbira­n awam dapat digerakkan kembali dengan normal baharu.

Namun, PKPP tidak akan menemui matlamatny­a jika kita tidak bersama-sama membendung rangkaian wabak dan membina semula ekonomi.

Ayuh, marilah kita bersama-sama menghayati dan menyahut ingatan dan teladan Al-sultan Abdullah dengan hidup bersatu padu!

 ??  ?? Al-sultan Abdullah turut mengamalka­n normal baharu dengan menerima menghadap pemimpin negara melalui sidang video dalam meneruskan gerak kerja.
Al-sultan Abdullah turut mengamalka­n normal baharu dengan menerima menghadap pemimpin negara melalui sidang video dalam meneruskan gerak kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia