Berita Harian

Mahasiswa tingkat keupayaan Tabung Darah Negara

- Sarra Asyila Aminah Tajuddin Kelab Pengucapan Awam, Pusat Kecemerlan­gan dan Kepimpinan Pelajar (SELECT) Universiti Utara Malaysia

Hari Penderma Darah Sedunia dilancarka­n Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) disambut setiap 14 Jun dan kini menjangkau 16 tahun.

Tema dipilih tahun ini adalah Safe Blood, Save Life dengan slogan Give blood and make the world a healthier place.

Seiring peredaran masa, semakin ramai menyedari kepentinga­n menderma darah dalam membantu mereka yang memerlukan menerusi penyebaran maklumat dan kempen oleh media massa.

Mengikut data Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kutipan darah menurun 40 peratus iaitu daripada 20,033 orang pada Mac 2019, kepada 12,086 pada Mac lalu.

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr Noryati Abu Amin, berkata aktiviti menderma darah turut terjejas akibat kebimbanga­n masyarakat terhadap penularan COVID-19, namun bekalan darah masih mencukupi untuk kegunaan kecemasan.

Aktiviti menderma ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantu KKM mendapatka­n bekalan darah mencukupi ketika rakyat tidak boleh bergerak bebas.

Tidak ketinggala­n usaha menyedarka­n mahasiswa untuk bersama menderma darah bagi menolong masyarakat memerlukan. Kini dapat dilihat banyak program dianjurkan pihak pengurusan dan badan kepimpinan pelajar seperti hari menderma darah dan taklimat kesihatan.

Program sebegini membuka ruang untuk mahasiswa menambah pengetahua­n tentang kebaikan menderma darah serta berpeluang menderma darah buat kali pertama dan tidak perlu bergerak keluar dari kawasan kampus untuk ke klinik kesihatan serta hospital.

Di Universiti Utara Malaysia (UUM) setiap bulan diselitkan aktiviti derma darah melalui penganjura­n program atau majlis.

Ini secara tidak langsung menjadikan ia aktiviti bulanan UUM dan sentiasa mendapat sambutan mahasiswa.

Pada 20 April lalu, Inapan Siswa (Inasis) Bank Rakyat dan Inasis SME Bank mengadakan program Save a life, Give Your blood di Dewan Kachi, UUM.

Walaupun Malaysia menguatkua­sakan PKP, ia tidak menghalang mahasiswa menderma darah dengan mengikuti peraturan penjarakan sosial.

Penganjura­n aktiviti derma darah dan taklimat kesihatan memupuk mahasiswa penderma penting dalam memastikan bekalan tabung darah negara mencukupi. Aktiviti ini juga memupuk semangat mahasiswa untuk menolong masyarakat, terutama pesakit yang memerlukan melalui kesediaan untuk menderma darah.

Khidmat bakti dan usaha kecil ini mampu menyelamat­kan banyak nyawa. Semoga ramai mahasiswa yang cakna kepentinga­n menderma darah akan terus membantu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia