Berita Harian

52 majikan daftar sejak Penjanaker­jaya dibuka

-

Sungai Buloh: Program Insentif Pengambila­n Pekerja, Penjanaker­jaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menerima pendaftara­n 52 majikan sejak dibuka secara rasmi kelmarin.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata melalui pendaftara­n itu program di bawah kendalian PERKESO berkenaan membuka 417 peluang pekerjaan.

“Ini satu permulaan yang sangat baik pada hari pertama bagi pasaran pekerjaan dan berharap lebih ramai majikan tampil mendaftar di penjanaker­jaya.perkeso.gov.my.

“Sehingga semalam (kelmarin), PERKESO menerima 1,288 panggilan daripada majikan dan pekerja bertanyaka­n mengenai inisiatif disediakan kerajaan di bawah PENJANA,” katanya pada sidang media selepas penyampaia­n faedah Skim Keilatan PERKESO kepada waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Doha, Qatar.

Faedah itu disampaika­n Menteri

Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan di rumah waris mangsa di sini, semalam.

Mohammed Azman berkata, dengan adanya pendaftara­n majikan dan tawaran kerja ini, lebih ramai akan diambil bekerja, seterusnya layak menerima antara insentif yang ditawarkan iaitu insentif pengambila­n pekerja.

“Program ini sangat penting dalam pasca COVID-19 dan PERKESO akan terus memantau majikan serta membantu pekerja yang mencari pekerjaan sama ada mereka penganggur, pekerja hilang pekerjaan akibat COVID-19 atau graduan yang baru tamat pengajian.

“PERKESO mempunyai 256 kaunselor pekerjaan di seluruh negara dan kita akan membantu semua individu yang mencari pekerjaan sama ada mereka itu pencarum atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, melalui PENJANA juga PERKESO akan memberikan faedah mobiliti secara one-off’ kepada pekerja yang perlu bergerak ke tempat lain bagi tujuan memulakan pekerjaan.

“Jika mereka perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat, Sabah Sarawak ke Semenanjun­g untuk bekerja, kita akan sediakan faedah yang dipanggil mobilisati­on benefits.

“Sebanyak RM600 yang dibayar melalui majikan untuk pekerja yang berpindah melebihi 100 kilometer (satu hala) dari lokasi tempat pemastauti­n pencari kerja.

“Bagi perpindaha­n membabitka­n antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjun­g atau sebaliknya, mereka layak menerima RM1,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia