Berita Harian

Bekas KSN nafi arah ubah laporan audit 1MDB

Ali perjelas tiada ugutan, mesyuarat berlangsun­g dalam suasana mesra

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, menafikan pernah mengugut atau memberikan tekanan supaya Laporan Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dipinda.

Ali berkata, beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda tidak pernah mengugut Ketua Audit Negara (ketika itu), Tan Sri Ambrin Buang, meminda laporan berkenaan.

Ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak pada sesi pemeriksaa­n balas, Ali menafikan bahawa beliau mengarahka­n Ambrin untuk mengubah laporan terbabit.

Malah, menurut saksi pendakwaan keempat itu, Mesyuarat Penyelaras­an Laporan Audit 1MDB pada 24 Februari 2016 yang membabitka­n Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara dan wakil 1MDB berlangsun­g dalam keadaan mesra.

Saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa mesyuarat bersetuju untuk memadam beberapa isu, antaranya kewujudan dua penyata kewangan 1MDB yang bercanggah bagi 2014 dan berhubung kehadiran ahli perniagaan dikehendak­i polis, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat 1MDB.

Turut dipersetuj­ui ialah memadamkan persetujua­n Najib terhadap isu penangguha­n penerbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) dan perjanjian Country

Ali di Mahkamah Tinggi

Groups Securities Thailand dengan ACME Time Limited.

Menjawab soalan Muhammad Shafee selanjutny­a, saksi itu berkata selepas mesyuarat, Ambrin berada dalam keadaan normal dan tidak kelihatan kecewa kerana beliau sendiri menghantar­nya ke muka pintu.

Katanya, Ambrin nampak agak gembira dan langsung tidak tertekan.

Dalam perbicaraa­n sebelum ini, Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) JAN, Nor Salwani Muhammad, berkata rasa tidak senang terpancar pada riak wajah Ambrin ketika menyampaik­an arahan kepada pasukan audit untuk menggugur dan menukar beberapa perkara yang terkandung dalam draf Laporan Pengaudita­n 1MDB.

Saksi itu menjelaska­n bahawa Ambrin kelihatan sedih dan rasa tercabar.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia