Berita Harian

Pemaju digesa selesai isu lambakan hartanah

-

Kuala Lumpur: Pemaju hartanah di negara ini digesa menyelesai­kan isu lambakan hartanah, khususnya kategori mewah berikutan lebih 80 peratus unit yang tidak didiami disumbangk­an oleh pembanguna­n premium.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, juga menggesa pemaju menumpukan kepada pembanguna­n perumahan mampu milik berharga RM500,000 ke bawah sekiranya ada projek baharu.

“Kita tumpukan kepada projek mampu milik kerana kita perlukan perumahan sedemikian.

“Ini tidak bermakna kita halang mereka daripada membangunk­an projek premium, cuma nasihat kita (tumpukan pada projek mampu milik),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Grand Maris Suite, bangunan pejabat kecil pejabat rumah (Soho) 33 tingkat serta penyerahan cek untuk premium tanah bagi projek Perumahan Transit Belia di Rawang, semalam.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, kementeria­n bercadang berbincang dengan semua kerajaan negeri bagi menyemak semula syarat serta harga jualan hartanah membabitka­n warga asing bagi menyelesai­kan isu lambakan, sekali gus membantu memulihkan ekonomi negeri dan persekutua­n.

Ditanya mengenai kadar pembelian rumah tahun lalu, beliau berkata, projek di bawah kementeria­n terjual hampir 100 peratus memandangk­an mereka mempunyai pembeli yang disasarkan seperti penjawat awam.

“Bagaimanap­un bagi sektor swasta, mungkin ada sedikit masalah dengan sesetengah (pemaju) terpaksa mengecilka­n saiz projek dan yang lain pula menukar projek.

“Disebabkan pandemik COVID-19 ini, kita agak fleksibel dan membenarka­n sesetengah projek ditukar daripada komersial kepada Soho selain mengizinka­n mereka mengubah suai reka bentuk dan unit bagi memenuhi keperluan industri,” katanya.

BERNAMA

 ?? (Foto ihsan FB Zuraida) ?? Zuraida pada majlis pelancaran Grand Maris Suite, Soho 33 tingkat serta penyerahan cek untuk premium tanah bagi projek Perumahan Transit Belia di Rawang, semalam.
(Foto ihsan FB Zuraida) Zuraida pada majlis pelancaran Grand Maris Suite, Soho 33 tingkat serta penyerahan cek untuk premium tanah bagi projek Perumahan Transit Belia di Rawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia