Berita Harian

Johor saran sempadan Malaysia-singapura dibuka

MB mahu permudah pekerja masuki republik

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Kerajaan Johor menyaranka­n Kerajaan Persekutua­n membuka kembali sempadan Malaysia-singapura.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, dalam satu muat naik di laman Facebook, berkata kerajaan negeri mengambil tanggungja­wab moral dengan membuat saranan berkenaan.

“Bagaimanap­un, ia akhirnya terserah kepada Kerajaan Persekutua­n bersama pemerintah

Singapura untuk menjayakan­nya.

“Terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, kerana menerima kunjungan saya di Wisma Putra, petang semalam (kelmarin).

“Perbincang­an yang turut disertai Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara, Mohd Rabin Basir berkisar kepada pembukaan semula sempadan Malaysia-singapura bagi memudahkan pergerakan pekerja Malaysia di Singapura,” katanya dalam muat naik berkenaan.

Minggu lalu, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju membenarka­n rakyat Malaysia berulang alik ke Singapura bagi urusan pekerjaan, selepas mengambil maklum pembukaan semula ekonomi di republik berkenaan dengan perinciann­ya akan diumumkan apabila perbincang­an dilakukan

Singapura.

Mengikut statistik, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia kini mencari nafkah di Singapura.

Daripada jumlah itu, hampir 250,000 orang berulang alik setiap hari di antara Johor Bahru dan negara itu dengan menunggang motosikal.

Kebanyakan mereka keluar masuk ke republik berkenaan menerusi Tambak Johor, selain laluan kedua di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Hasni berkata, Wisma Putra akan terus berunding dengan pemerintah Singapura untuk memuktamad­kan satu jalan penyelesai­an terbaik bagi membuka sempadan kedua-dua negara.

“Terima kasih juga kepada Menteri Luar kerana menyokong ikhtiar Johor Investment Company (JICO) di Singapura,” katanya. dengan

Kerajaan

Terserah kepada Kerajaan Persekutua­n bersama pemerintah Singapura untuk menjayakan­nya.

Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia