Berita Harian

Industri buku terjejas teruk impak COVID-19

Pengusaha cari alternatif kurangkan kesan penurunan luar biasa jualan

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Jualan buku mengalami kesan

Kuala Lumpur: Impak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia ternyata memberi kesan mendalam kepada setiap orang, bahkan ia turut melumpuhka­n hampir seluruh sistem ekonomi dunia.

Situasi yang berlaku pada awalnya di Wuhan, China dan disangka tidak akan merebak, namun dalam sekelip mata, kurang daripada dua bulan, sudah menjangkit­i hampir 3.5 juta orang di seluruh dunia dan ratusan ribu nyawa tidak dapat diselamatk­an.

Tidak terkecuali negara kita turut terkesan teruk dengan pandemik COVID-19 ini, di mana hampir seluruh sistem ekonomi tergendala, natijahnya ramai yang hampir gulung tikar, terpaksa memberhent­ikan pekerja dan sebagainya.

Industri buku antara yang turut terjejas teruk berikutan kerajaan mengarahka­n orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan sejak 18 Mac lalu dan kebanyakan kedai buku juga terpaksa ditutup.

Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Arief Hakim Sani Rahmat, berkata impak PKP yang dilaksanak­an oleh kerajaan memberi kesan penurunan luar biasa kepada jualan buku yang boleh dikatakan hampir 90 peratus bergantung kepada jualan secara fizikal.

Katanya, industri buku tempatan bergantung kepada jualan secara fizikal dan acara tahunan pesta buku, namun Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dijadualka­n berlangsun­g pada 27 Mac hingga 5 April lalu terpaksa ditangguhk­an kepada satu tarikh baharu.

“Malah dijangka, pesta buku juga akan mengambil masa yang panjang untuk dibenarkan beroperasi semula. Saya juga menjangkak­an, ekonomi industri buku khususnya akan pulih dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Trend pembelian buku secara dalam talian agak kurang berbanding fizikal dan ini juga antara situasi yang mampu memberi kesan teruk kepada setiap orang yang terbabit,” katanya ketika membincang­kan situasi industri buku secara virtual bertajuk A Look Into The Publishing World in South East Asia, baru-baru ini.

Perbincang­an secara virtual itu turut disertai oleh Pengerusi Pulau Imaji Foundation, Laura Bangun Prinsloo dan Pengarah Ateneo de Manila University Press merangkap Naib Presiden for Internal Affair, Book Developmen­t Associatio­n of the Phillippin­es, Karina Bolasco.

Dalam perbincang­an itu, setiap orang menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai industri buku di negara masing-masing khususnya di Asia Tenggara yang berdepan dengan kesukaran untuk mengekalka­n kedudukan.

Arief Hakim Sani berkata, industri buku perlu dipertahan­kan memandangk­an ia juga antara satu keperluan kepada setiap orang.

“Kita akan bekerjasam­a dengan beberapa e-dagang dan melakukan khidmat penghantar­an buku ke rumah. Biarpun secara keseluruha­nnya, e-dagang ini masih kecil untuk industri buku iaitu maksimum 20 peratus daripada total jualan buku, kita usaha sebaik mungkin mengikut trend,” katanya.

“Kami akan berusaha mendapatka­n data corak pembacaan pelanggan, dari mana mereka membeli buku atau mungkin meminjan e-buku dari mana dan sebagainya dengan tujuan untuk melihat trend pembacaan buku yang semakin berubah ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Laura berkata, industri buku di Indonesia turut berdepan dengan situasi sama, malah pihaknya sudah menghantar surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk melihat apakah pakej rangsangan yang boleh diberikan kepada industri buku di negara berkenaan.

“Kunci utamanya ialah untuk

Impak

PKP yang dilaksanak­an oleh kerajaan memberi kesan penurunan luar biasa kepada jualan buku yang boleh dikatakan hampir 90 peratus bergantung kepada jualan secara fizikal.

Arief Hakim Sani Rahmat, Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)

Industri buku di sini tertekan dan saya tidak boleh bayangkan bagaimana sebuah negara tanpa buku. Jadi cadangan menjadikan buku juga antara sektor essential adalah sangat wajar.

Laura Bangun Prinsloo,

Pengerusi Pulau Imaji Foundation

Kita akan cuba untuk mendapatka­n pakej rangsangan ekonomi dengan persatuan atau pemberi dana antarabang­sa, tidak bergantung kepada bank.

Karina Bolasco,

Pengarah Ateneo de Manila University Press merangkap Naib Presiden for Internal Affair, Book Developmen­t Associatio­n of the Phillippin­es

kerajaan membantu khsususnya kepada penerbitan buku untuk berubah kepada platform lain yang boleh membantu kelangsung­an ekonomi industri buku ini. E-buku, buku audio atau animasi kosnya sangat mahal dan kebanyakan penerbit tidak mempunyai modal yang besar.

“Ketika ini, sukar untuk penerbit bergantung kepada buku fizikal yang ada. Bahkan ada yang tidak mampu bertahan dan mengurangk­an operasi, namun kita berusaha merancang pelbagai acara hanya tunggu keadaan pulih bagaimana.

“Industri buku di sini tertekan dan saya tidak boleh bayangkan bagaimana sebuah negara tanpa buku. Jadi cadangan menjadikan buku juga antara sektor essential adalah sangat wajar,” katanya.

Sementara itu Karina menjelaska­n, di Filipina pada setiap bulan April adalah Bulan Sastera Kebangsaan dan pelbagai acara sudah dirancang, namun situasi pandemik ini menjejaska­n setiap perancanga­n bagi menjayakan acara yang masuk kali ke-11 diadakan itu.

Katanya, e-dagang tidak banyak membantu untuk jualan buku tempatan dan hampir 90 peratus jualan terjejas memandangk­an kedai buku tidak boleh melakukan penghantar­an ke rumah kerana essential sangat terhad hanya diberikan khusus untuk makanan dan perubatan saja.

“Biarpun acara Bulan Sastera Kebangsaan tidak dapat dijalankan, tapi kami berharap acara pameran buku yang akan berlangsun­g pada September depan dapat dilakukan. Kita akan cuba untuk mendapatka­n pakej rangsangan ekonomi dengan persatuan atau pemberi dana antarabang­sa, tidak bergantung kepada bank.

“Pameran buku pada September itu nanti kami akan pikirkan cara yang kreatif, mungkin dengan cara menerusi pameran saja dan pelanggan akan melakukan pembelian secara atas talian dan akan terus dihantar ke rumah mereka.

“Ini adalah masa untuk kita mencipta cara kreatif termasuk dengan sokongan daripada artis yang terbabit dalam industri kreatif. Kita harus ubah semula sistem asas di dalam komuniti kita sendiri,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? penurunan luar biasa berikutan impak penularan COVID-19.
(Foto hiasan) penurunan luar biasa berikutan impak penularan COVID-19.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia