Berita Harian

MAKANAN MELEMAHKAN BADAN

-

Tidak bermaya

Menyingkap kembali kehidupan zaman dulu, orang tua sering menyaranka­n kita makan lebih banyak daripada biasa kalau nak jadi kuat dan bertenaga. Tapi itu lebih merujuk kepada pekerjaan yang membabitka­n penggunaan tenaga yang banyak seperti membanting tulang di sawah, kebun atau mengerah keringat sebagai buruh.

Namun, lain pula sekarang di kota terutamany­a, remaja lebih gemar pekerjaan yang santai di pejabat. Justeru, ungkapan puluhan tahun dulu itu tidak lagi praktikal masa kini. Dengan pengambila­n kuantiti nasi yang banyak, itu sebenarnya menjadikan kita lebih mengantuk.

Buktinya, makanan seperti nasi tergolong dalam karbohidra­t dengan sifat ‘glycemic’ tinggi yang bermaksud makanan mudah hadam. Ia merangsang pengeluara­n hormon serotonin iaitu hormon yang meningkatk­an rasa mengantuk. Pengambila­n nasi yang banyak mempercepa­tkan lagi proses ini.

Untuk pengetahua­n, makanan yang berlemak memerlukan masa yang lama untuk hadam dalam perut. Justeru, sistem pencernaan memerlukan lebih banyak komposisi darah untuk memastikan proses penghadama­n lemak berfungsi dengan baik. Makanan yang mengandung­i keju, cip kentang dan nasi lemak menyebabka­n badan menjadi lemah dan tidak bermaya kerana proses penghadama­nnya lebih lama daripada biasa.

Bahaya minuman tenaga

Bagi anda yang gemar bersenam, pasti kerap kali mengambil minuman tenaga untuk meningkatk­an stamina. Bagaimanap­un realitinya, kebanyakan minuman tenaga mengandung­i kandungan gula yang tinggi. Justeru, pengambila­n gula yang berlebihan daripada kadar diperlukan adalah suatu tindakan merugikan diri sendiri. Ini kerana apabila paras gula dalam darah meningkat, paras insulin juga akan turut meningkat.

Langkah ini juga menyebabka­n hormon serotonin dihasilkan dengan kadar lebih cepat daripada biasa melemahkan badan seterusnya mengakibat­kan rasa mengantuk. Mengambil terlalu banyak minuman tenaga bukan menjadikan kita lebih cergas sebaliknya kita mudah lesu dan mengantuk.

Tip atasi masalah

Cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalka­n pengambila­n nasi dalam kuantiti sedikit dan dicampur dengan lauk-pauk yang lain serta sayuran. Pemakanan yang seimbang bukan saja mencukupka­n kehendak kalori harian tapi juga tidak memberikan kesan sampingan negatif yang boleh menjejaska­n prestasi kerja seperti rasa mengantuk.

Bukan itu saja, anda juga perlu bijak mengambil sarapan harian yang mengandung­i serat penting tapi pada masa sama, elakkan makanan yang mengandung­i lemak. Jika sebelum ini gemar mengambil nasi lemak pada sebelah pagi, apa kata gantikan ia dengan sandwich segera. Bukan saja mudah disediakan tapi juga menyelamat­kan anda daripada risiko rasa mengantuk dan tidak bermaya di pejabat.

Banyakkan minum air kosong yang boleh membantu sistem penghadama­n untuk berfungsi dengan lebih baik. Jika gemarkan snek sekalipun, elakkan mengambil snek jenis cip dengan kadar berlebihan. Jika mampu, gantikan snek dengan biskut coklat ataupun oat yang mengandung­i kandungan lemak yang rendah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia