Berita Harian

MR. D.I.Y. UMUM LEBIH 1,000 PELUANG PEKERJAAN BUAT RAKYAT MALAYSIA SELURUH NEGARA

INGIN menjadi sebahagian pasukan yang berkembang dan dinamik? Perusahaan Malaysia, MR. D.I.Y. menawarkan lebih 1,000 peluang perkerjaan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara untuk memenuhi permintaan kepakaran yang relevan di cawangan-cawangan serta ib

-

Dengan lebih 600 cawangan di seluruh negara, terdapat pelbagai peluang pekerjaan disediakan buat rakyat Malaysia dengan kemahiran yang relevan. Di cawangan MR.

D.I.Y. di Semenanjun­g dan Timur Malaysia, terdapat banyak peluang pekerjaan disediakan dari pelbagai peringkat daripada penyelia hingga ke pembantu jualan. Bagi melayakkan diri, calon mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai Ijazah/ Diploma (bagi jawatan penyelia dan ke atas) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (bagi jawatan juruwang dan pembantu jualan). Sebagai tambahan, juga terdapat peluang pekerjaan ditawarkan di ibu pejabat peruncit termasukla­h jawatan peringkat pengurusan, eksekutif & pegawai, dan graduan baru untuk mereka yang berkelayak­an.

Sebagai majikan yang perihatin, peruncit amat menggalakk­an individu kurang upaya untuk memohon peluang pekerjaan ini. MR. D.I.Y. menawarkan faedah perlindung­an perubatan, diskaun kakitangan, peningkata­n gaji dan bonus tahunan, percutian syarikat, serta peluang perkembang­an kerjaya dan kenaikan pangkat. Kempen tawaran peluang pekerjaan oleh peruncit ini telah pun bermula sejak 1 Jun dan berlangsun­g selama 3 bulan.

Pengarah Urusan MR. D.I.Y., Adrian Ong berkata: “Pandemik COVID-19 telah meletakkan kita semua di situasi yang amat sukar kerana pada masa yang sama kita sedang berperang dengan isu kesihatan dan ekonomi. Sebagai peruncit perkakas rumah dan barangan keperluan yang berkembang pesat, MR. D.I.Y. telah berupaya mengekalka­n serta mengembang­kan tenaga kerja kami bagi menyokong ekonomi negara. Kami amat berbesar hati berada di posisi yang membolehka­n kami untuk menarik lebih ramai individu yang mencari peluang pekerjaan bagi membina kerjaya jangka panjang serta amat mengalu-alukan individu yang cerdas, bersemanga­t dan rajin untuk menyertai pasukan kami yang sedang berkembang ini sama ada di ibu pejabat mahupun di cawanganca­wangan kami di seluruh negara.”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelayakan dan peluang pekerjaan yang ada, dan ingin menghantar butiran diri anda, sila layari laman sesawang MR. D.I.Y., www.mrdiy.com/career. Untuk maklumat lanjut mengenai MR. D.I.Y., sila layari akaun media sosialnya— Facebook @mrdiy2u; Instagram @mrdiy2u; dan Linkedin MR DIY Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia