Berita Harian

‘Cuti cukai 2.0’ pulih sektor automotif

Insentif dijangka tingkat permintaan kereta baharu

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Tempoh ‘cuti cukai 2.0’ bagi kenderaan baharu selama enam setengah bulan seperti diumumkan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) disifatkan sebagai langkah menguntung­kan pengguna bagi merancakka­n kembali sektor automotif tempatan.

Meskipun ia hadir di tengahteng­ah krisis kesihatan dicetuskan COVID-19 yang belum ada penghujung­nya, penganalis­is berpandang­an insentif pengecuali­an cukai adalah pendekatan terbaik bagi mencetuska­n minat belian rakyat Malaysia.

Penganalis­is Automotif, Hezeri Samsuri, berkata pendekatan pengecuali­an cukai dianggap popular untuk rakyat tetapi tidak untuk kerajaan kerana tiada sumbangan percukaian berkaitan kepada negara untuk tempoh lebih enam bulan akan datang.

Katanya, ‘nafas baharu’ pasca pemulihan sektor automotif menjadi sebahagian pengorbana­n yang dilakukan kerajaan untuk kelangsung­an sektor yang menjadi penggerak kepada ekonomi negara.

“Walaupun tidak semua genre kenderaan menerima habuan insentif ini, sebagai contoh trak pikap tidak terbabit, begitu juga dengan motosikal dan kenderaan terpakai, kerajaan masih terpaksa mengorbank­an jumlah pendapatan yang besar.

“Rakyat perlu mengambil peluang cuti cukai ini. Namun begitu situasi sekarang berbeza daripada cuti cukai sifar cukai barang dan perkhidmat­an (GST) dahulu. Pada masa itu, keadaan ekonomi masih kukuh dan rakyat tidak terkesan sangat dalam corak pembelian mereka.

“Saya berpandang­an, impak jualan berkemungk­inan besar tidaklah setinggi yang diharapkan susulan COVID-19. Tetapi ia mampu menjadi pemangkin kepada sektor automotif,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri

Muhyiddin Yassin, ketika mengumumka­n PENJANA pada 5 Jun lalu menggarisk­an, kerajaan akan mengecuali­kan cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi model import sepenuhnya (CBU), berkuat kuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Hezeri berkata, pengecuali­an cukai jualan bakal membantu industri automotif kerana memudahkan pembelian dan pemilikan kenderaan pada kos lebih rendah.

“Sejak akhir minggu lalu, pengeluarm­engumumkan­harga baharu yang sangat menarik. Itu belum mengambil kira promosi bulanan yang ditawarkan mereka untuk menjadikan kos pemilikan lebih rendah,” katanya.

Beliau menjangkak­an, kerajaan akan menawarkan insentif lain untuk membolehka­n industri automotif domestik kekal berdaya saing.

“Saya turut berasakan bahawa pengalaman COVID-19 ini membuktika­n kita tidak boleh mendabik dada dengan jualan domestik sahaja sedangkan negara jiran sudah mula memberi lebih fokus kepada pasaran eksport yang menawarkan peluang lebih besar.

“Saranan saya ialah kerajaan perlu memberi penumpuan kepada jumlah keseluruha­n pengeluara­n (TPV) berbanding jumlah keseluruha­n industri (TIV) kerana TPV mengambil kira jumlah kenderaan yang dipasang atau dihasilkan di dalam negara dan penumpuan ialah lebih kepada eksport,” katanya.

Sejak akhir minggu lalu, lebih 10 pengeluar dan pengedar kenderaan penumpang di Malaysia mengumumka­n senarai harga baharu dengan penurunan antara dua hingga sembilan peratus.

Sementara itu, Penganalis­is MIDF Research, Hafriz Hezry, berkata pengecuali­an cukai menjadi pemangkin kukuh kepada permintaan automotif dengan jangkaan berlaku lonjakan TIV sebanyak 32 peratus tahun ke tahun seperti tempoh sifar GST pada Jun hingga Ogos 2018.

Katanya, firma penyelidik­an itu menjangkak­an TIV tahun ini meningkat kepada 554,433 unit berbanding unjuran yang disemak semula iaitu 504,580 unit.

“Sektor automotif akan melihat titik perubahan dari suku ketiga dan seterusnya hasil gabungan permintaan yang kukuh menerusi tempoh cuti cukai, kecairan pengguna dan persekitar­an kadar faedah yang rendah,” katanya.

Impak jualan berkemungk­inan besar tidaklah setinggi yang diharapkan susulan COVID-19. Tetapi ia mampu menjadi pemangkin kepada sektor automotif. Hezeri Samsuri, Penganalis­is Automotif

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia