Berita Harian

Gadang Engineerin­g sedia bantu kontraktor

Peruntuk 40 peratus nilai kontrak ECRL kepada syarikat tempatan

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Kuala Lumpur: Gadang Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Gadang Engineerin­g (M) Sdn Bhd (Gadang Engineerin­g) memperuntu­kkan 30 hingga 40 peratus daripada nilai kontrak yang diperolehn­ya untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada subkontrak­tor dan pembekal tempatan.

Pengarah Projek Gadang Engineerin­g, Abdul Rizal Abdul Rahim, berkata langkah kumpulan itu seiring dengan saranan kerajaan kepada syarikat pembinaan utama membantu kontraktor dan pembekal tempatan.

Beliau berkata, dalam situasi hari ini, banyak kontraktor dan pembekal tempatan turut berhadapan dengan kemelut kewangan disebabkan pandemik COVID-19.

“Sebagai syarikat utama dalam pembinaan, kami turut sama dalam usaha membantu meningkatk­an kapasiti kewangan mereka dalam membantu memberikan pelbagai projek terdiri daripada perkhidmat­an, pembekalan dan kerja pembinaan.

“Kumpulan sentiasa membantu kontraktor serta pembekal kecil dan sederhana seperti ini untuk terus ‘bernafas’ dan ini adalah sebahagian daripada perancanga­n kumpulan.

“Selain itu, Gadang Engineerin­g mengutamak­an penduduk tempatan dalam memberikan peluang pekerjaan untuk kedua-dua projek ECRL ini.

“Ini penting dalam memastikan kelangsung­an projek dan pada masa yang sama turut meningkatk­an taraf ekonomi penduduk setempat,” katanya pada temu bual bersama BH baru-baru ini.

Gadang Engineerin­g memperoleh kontrak bernilai RM81.18 juta untuk kerja bawah tanah untuk Seksyen 5 dan 6 projek ECRL daripada China Communicat­ions Constructi­on (ECRL) Sdn Bhd.

Jumlah kontrak Seksyen 5 dan 6 masing-masing adalah RM24.11 juta dan RM57.072 juta.

Abdul Rizal berkata, projek Seksyen 5 merangkumi kawasan laluan sepanjang 6.8 kilometer (km) di Kemanan, Terengganu bermula pada Mei lalu dan dijangka selesai pada 30 Jun 2022.

Sementara projek Seksyen 6 di Maran, Pahang pula bermula pada 15 Jun lalu dan dijangka selesai pada 15 Disember 2022 merangkumi laluan sepanjang 13.89 km.

Katanya, kedua-dua projek kumpulan itu diunjurkan dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat pada masa akan datang.

“Nilai projek ini memberi sumbangan positif kepada syarikat walaupun diakui margin keuntungan adalah kecil. Ini disebabkan peningkata­n kos akibat COVID-19.

“Peningkata­n kos disumbang oleh beberapa faktor seperti prosedur operasi standard (SOP), tenaga kerja dan keselamata­n. Tetapi dari segi kos bahan mentah, ia masih stabil dan tidak berapa meningkat dengan ketara,” katanya.

Abdul Rizal berkata, dengan kepakaran dan nilai rangkaian yang diberikan syarikat, pihaknya optimis dapat memperoleh lebih banyak kontrak projek ECRL pada masa akan datang.

Beliau berkata, ketika ini Gadang Engineerin­g sudah menghantar beberapa tender kepada CCCECRL antaranya kontrak kerja bernilai RM27 juta di seksyen 6 dan beberapa kontrak kerja lain.

Ketika ditanya mengenai cabaran dihadapi syarikat pembinaan yang perlu mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan bagi menangani COVID-19, Abdul Rizal berkata, pada mulanya seperti semua syarikat pembinaan lain, pihaknya juga berhadapan dengan kesukaran.

Namun, beliau berkata, selepas SOP diguna pakai, ia sebaliknya bertukar menjadi satu amalan yang bukan saja dapat memudahkan syarikat tetapi juga pekerja.

“SOP yang ditetapkan itu tidak menghalang daripada penyiapan kerja atau menyebabka­n penurunan produktivi­ti. Malah ia sebaliknya menjadi amalan serta kebiasaan baharu,” katanya.

Kontraktor tempatan dianggarka­n bakal meraih kontrak bernilai sehingga lebih RM10 bilion bagi kerja sivil pembinaan projek ECRL berdasarka­n kepada peruntukan 40 peratus untuk kontraktor tempatan daripada jumlah keseluruha­n projek sebanyak RM44 bilion.

Ini penting dalam memastikan kelangsung­an projek dan pada masa yang sama turut meningkatk­an taraf ekonomi penduduk setempat.

Abdul Rizal Abdul Rahim,

Pengarah Projek Gadang Engineerin­g

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia