Berita Harian

Pembatalan penerbanga­n beri kesan perniagaan Pos Malaysia

-

Pembatalan penerbanga­n komersial dan kargo serta penangguha­n aktiviti perniagaan akibat sekatan perjalanan dicetuskan COVID-19 memberi kesan kepada perniagaan antarabang­sa Pos Malaysia Bhd.

Kenanga Research & Investment dalam nota penyelidik­an, berkata kesan pembatalan oleh rakan antarabang­sa adalah faktor besar di sebalik penurunan perniagaan antarabang­sa itu menjejaska­n beberapa sektor ekonomi lain termasuk pos, logistik dan penerbanga­n.

“Kerugian bersih bagi suku pertama tahun kewangan 2020 Pos Malaysia berjumlah RM49 juta adalah di bawah jangkaan kami.

“Walaupun berlaku trend menaik dalam kadar pos untuk surat berdaftar, komersial dan bungkusan kecil seperti diluluskan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari lalu, syarikat terus mencatatka­n kerugian,” katanya.

Berdasarka­n prestasi yang ditunjukka­n Pos Malaysia, firma penyelidik­an itu, menurunkan unjuran keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2020 dan 2021, masing-masing sebanyak 22 peratus dan 26 peratus.

“Kami juga menurunkan unjuran harga sasaran dari RM1.07 kepada 90 sen,” katanya.

Mengulas lanjut, Kenanga Research

& Investment, bagi tempoh tahun ke tahun, segmen perniagaan mel pos bagi suku pertama tahun 2020 dari segi pendapatan meningkat 1.0 peratus disokong tarif baharu pos berkuatkua­sa Februari lalu.

“Pendapatan bulanan perniagaan mel meningkat sebanyak RM11 juta pada Februari, namun pertumbuha­n mendatar pada Mac disebabkan penularan mendadak COVID- 19 yang menyaksika­n kejatuhan ketara dalam jumlah mel komersial.

“COVID-19 juga memberi kesan kepada segmen runcit pos dan perniagaan antarabang­sa dengan urus niaga runcit lebih rendah di pejabat pos dan jumlah penghantar­an merentas sempadan yang turut lebih rendah pada Mac,” katanya.

Bagaimanap­un, firma penyelidik­an itu menjelaska­n, kerugian bersih Pos Malaysia menyusut kepada RM49 juta berbanding RM141 juta yang dicatatkan pada suku pertama 2019.

“Isu ketidakupa­yaan Pos Malaysia menutup operasi pejabat pos, di tambah kesatuan pekerja dan kerugian dalam segmen perkhidmat­an pos, kami jangkakan kerugian akan terus berlarutan.

“Perniagaan kurier akan terus beroperasi dalam persekitar­an mencabar disebabkan tekanan harga dan cabaran kos,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia