Berita Harian

Telefon 5G nova 7 SE masuk pasaran Jumaat

Peranti pintar Huawei ditambah baik, elegan serta penuhi cita rasa anak muda

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Huawei, antara pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, bakal membawa masuk telefon pintar 5G pertama untuk siri nova, iaitu nova 7 SE ke pasaran Malaysia pada Jumaat ini.

Selain model berkenaan, gergasi teknologi China itu juga merancang untuk membawa masuk nova 7 ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Presiden Barisan Produk Telefon, Huawei Consumer Business Group, Kevin Ho, berkata keputusan untuk membawa masuk peranti berkenaan adalah tepat memandangk­an Malaysia antara negara yang sedang giat membangunk­an teknologi 5G di rantau ini.

Katanya, selain teknologi 5G, kedua-dua telefon pintar itu juga telah ditambah baik dengan ciri-ciri yang lebih canggih daripada model sebelumnya selain menawarkan reka bentuk yang elegan dan moden sesuai dengan sasaran pasarannya iaitu untuk golongan muda.

“nova 7 dan nova 7 SE menawarkan prestasi unggul yang mampu memberikan pengalaman hebat dalam permainan dan tontonan tanpa henti yang menjadikan­nya sebagai peranti teknologi 5G yang sempurna untuk golongan muda.

“Ia turut menawarkan pengalaman baharu dalam merakam video menerusi fungsi Mod Video Paparan Dwi.

Siri HUAWEI nova 7 baharu ini menyokong Dual-view Video Mode yang memanfaatk­an sepenuhnya kamera depan dan belakang untuk merakam momen di kedua-dua belah pihak,” dalam pada sidang media secara maya dari China dan disertai beberapa media dari rantau ini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut katanya, kedua-dua model itu masing-masing dilengkapi dengan cip baharu yang lebih berkuasa tinggi iaitu Kirin 985 bagi nova 7 dan Kirin 820 buat nova 7 SE yang menawarkan sambungan lebih pantas, lebih stabil dan pengalaman lebih baik.

Kedua-dua model itu juga katanya, didatangka­n dengan saiz skrin yang lebih luas iaitu 6.53 inci dengan paparan hampir penuh di seluruh skrin.

“Dari segi bateri, kedua-dua model ini mempunyai bateri dengan kapasiti 4,000 MAH dan disertakan dengan kuasa pengecas pantas 4W yang mampu mengecas sehingga 70 peratus kapasiti dalam tempoh 30 minit sahaja,” katanya.

Dari segi keupayaan kamera, ia dilengkapi 64MP AI Quad Camera yang menjadi antara daya penarik bagi sesiapa yang ingin membeli telefon pintar ini. Disokong oleh pemproses Kirin 820 yang kuat dan keupayaan AI yang kuat, membolehka­n fotografi dihasilkan dalam definisi tinggi berkualiti tinggi.

Begitu juga untuk gambar malam, ia memberikan hasil menakjubka­n dan kualiti video 4K yang luar biasa.

Lebih menarik, Siri HUAWEI nova 7 dilengkapi dengan kamera depan 16MP menggunaka­n apertur f/2.0 yang besar dengan ukuran piksel 1.0um, sehingga dapat menangkap lebih banyak cahaya dan perincian dalam gambar swafoto.

Kamera depan juga menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk rakaman swafoto cahaya rendah. Kebisingan dikendalik­an dengan algoritma BM3D, sementara itu perincian ditingkatk­an dengan menyusun beberapa bingkai RAW bersama-sama. Hanya memerlukan dua saat untuk kamera menghasilk­an potret diri yang benar-benar menarik.

Huawei mula memperkena­lkan telefon pintar 5G pertamanya iaitu, HUAWEI Mate 20 X untuk pasaran global pada Julai tahun lalu.

Ia kemudian diteruskan kepada siri Mate yang lain termasuk Mate 30 dan Mate 40 dan kini diperluask­an kepada siri NOVA, peranti mudah alih mampu miliknya pula.

Huawei nova 7 SE

Nova 7 dan nova 7 SE menawarkan prestasi unggul yang mampu memberikan pengalaman hebat dalam permainan dan tontonan tanpa henti.

Kevin Ho,

Presiden Barisan Produk Telefon, Huawei Consumer Business Group

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia