Berita Harian

Green Packet ambil alih Xendity RM42.75 juta

-

Green Packet Bhd mengambil alih 100 peratus kepentinga­n dalam syarikat teknologi Xendity Pte Ltd (Xendity) dengan nilai AS$10 juta (RM42.75 juta).

Xendity adalah syarikat yang membangunk­an teknologi pengesahan identiti menggunaka­n E-KYC (electronic know your customer).

E-KYC adalah konsep pengesahan keselamata­n dalam perbankan untuk mengenal pasti dan mengesahka­n identiti pelanggan ketika membuka akaun dan melakukan transaksi lain.

Green Packet memperoleh syarikat itu daripada sekumpulan pelabur diketuai oleh Hui Yong yang juga pelabur pengasas Xendity,

dan Vincent Wong (pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xendity).

Green Packet akan membayar AS$1.5 juta (RM6.41 juta) dalam bentuk tunai dan menerbitka­n saham baharu bernilai AS$4 juta (RM17.1 juta).

Dalam tempoh dua tahun akan datang, Green Packet akan membayar sehingga AS$4.5 juta (RM19.24 juta) melalui saham baru dan pembayaran ini akan berdasarka­n kepada pencapaian prestasi utama yang ditetapkan oleh Xendity.

Pengambila­lihan itu akan mengukuhka­n lagi perniagaan perkhidmat­an pengesahan identiti digital Green Packet.

Bulan lalu, Green Packet mengumumka­n kerjasama dengan Tencent Cloud, untuk memanfaatk­an kemampuan pengecaman wajah dan pembelajar­an mesin bagi membina penyelesai­an E-KYC.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Green Packet, Puan Chan Cheong, berkata pengambila­lihan Xendity merupakan bahagian penting bagi strategi pasarannya dengan penyelesai­an E-KYC yang kukuh.

“Ia akan mengukuhka­n kedudukan kami sebagai rakan kongsi pilihan untuk penyelesai­an kewangan digital dalam pelbagai industri di Malaysia termasuk telekomuni­kasi dan perbankan.

“Kami teruja dengan pencapaian Xendity dalam landskap identiti digital. Walaupun mereka adalah syarikat yang baru tiga tahun beroperasi, prestasi, pengalaman, serta kemampuan mereka sebagai penyedia penyelesai­an utama harus dipuji,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Chan Cheong berkata, penyelesai­an teknologi Xendity akan menambah skala yang besar bagi penawaran kewangan digital Green Packet.

Beliau berkata, teknologi dimiliki Xendity adalah langkah baik ke arah menjadi bank kewangan digital yang lengkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia