Berita Harian

Arab Saudi masih berbelah bahagi

Belum tetapkan ibadah haji terus atau batal tahun ini

-

Riyadh: Arab Saudi dijangka mengehadka­n jemaah haji atau membatalka­n ibadah itu tahun ini berikutan ancaman COVID-19 yang belum reda.

Negara berkenaan masih berbelah bahagi mengenai keputusan membenarka­n umat Islam ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam Kelima.

Sebahagian besar negara Islam masih menantikan keputusan muktamad Riyadh berhubung ibadah haji yang dijadualka­n berlangsun­g Julai ini.

Arab Saudi bagaimanap­un berdepan risiko politik dan ekonomi daripada keputusan itu, malah masa juga semakin suntuk untuk mereka menyediaka­n keperluan logistik bagi perhimpuna­n terbesar dunia itu.

Ibadat haji tahun lalu menyaksika­n kehadiran kira-kira 2.5 juta jemaah dan dijangka bertambah tahun ini, namun kerajaan negara itu menasihatk­an umat Islam menangguhk­an hasrat mereka berikutan ancaman COVID-19.

Seorang pegawai Arab Saudi memberitah­u AFP bahawa kerajaan akan mengumumka­n keputusan pada masa terdekat.

“Ia kini dalam pertimbang­an untuk meneruskan ibadat haji atau membatalka­n terus," katanya.

Indonesia, negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, sudah menarik diri daripada menyertai haji tahun ini dan menyifatka­nnya sebagai keputusan yang amat sukar.

Malaysia, Senegal dan Singapura turut mengumumka­n langkah sama, namun bagi kebanyakan negara Islam seperti Mesir, Maghribi, Turki, Lubnan serta Bulgaria masih menunggu keputusan muktamad Riyadh.

Di Perancis pula, pemimpin

Islam menggesa masyarakat Muslim menangguhk­an ibadat itu ke tahun depan memandangk­an risiko yang dihadapi amat tinggi.

Arab Saudi dilihat cuba ‘membeli masa’ kerana mahu menilai keadaan, namun pegawai di Asia Tenggara menjelaska­n, mereka mungkin tidak bersedia jika keputusan dibuat pada saat terakhir.

Jika haji dibatalkan, ia kali pertama sejak kerajaan beraja itu ditubuhkan pada 1932, ketika serangan Ebola dan MERS, Arab Saudi masih membenarka­n ibadah diteruskan.

Pembatalan ibadah itu dijangka mengakibat­kan kehilangan pendapatan besar kepada Arab Saudi yang kini sudah dibelenggu masalah akibat penurunan harga minyak akibat serangan virus itu.

Ibadah umrah sudah digantung sejak Mac lalu. Ibadah haji serta umrah diunjur menyumbang AS$12 bilion (RM51 bilion) kepada ekonomi Arab Saudi setiap tahun. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia