Berita Harian

Wajib saring masuk Singapura

-

Singapura: Singapura akan menjalanka­n ujian terhadap individu yang masuk ke republik itu bermula 18 Jun, sebelum tempoh 14 hari notis duduk di rumah (SHN) tamat.

Sejak 21 Mac lalu, individu yang memasuki republik itu, termasuk warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang (LTP) dikehendak­i menjalani SHN.

Menteri Pembanguna­n republik berkenaan, Lawrence Wong, berkata syarat baharu itu adalah langkah pencegahan tambahan untuk mengesan virus, terutama risiko bagi kes tanpa gejala.

“Oleh kerana kita akan membuka kembali ekonomi dan masyarakat, kami menjangkak­an lebih ramai kembali ke Singapura.

“Republik ini sudah mewujudkan laluan hijau dengan China dan sedang berusaha berbuat demikian dengan beberapa negara lain.

“Singapura juga mengemas kini peralatan sedia ada untuk individu yang masuk bagi menjalani SHN di kemudahan disediakan,” katanya pada sidang media maya di sini, semalam.

Bermula 18 Jun, pengembara yang berada di Australia, Brunei,

Hong Kong, Jepun, Macau, China, New Zealand, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam untuk tempoh 14 hari berturut-turut tidak perlu menjalani SHN di kemudahan ditetapkan.

“Jika mereka pulang dari kawasan berkenaan, SHN boleh dijalani di kediaman sahaja.

“Risiko jangkitan dari luar berbeza kerana negara dan wilayah melaksanak­an pelbagai kaedah untuk mengawal jangkitan.

“Kami juga akan menyesuaik­an langkah sempadan dengan mengambil kira perbezaan risiko ini,” katanya yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementeria­n mengenai COVID-19.

Mulai Jumaat ini, individu yang masuk dan keluar dari republik itu juga dikehendak­i membayar sendiri ujian COVID-19.

Bukan warga Singapura atau penduduk tetap juga dikehendak­i membayar penginapan di kemudahan SHN ditetapkan.

“Sehingga kini, kos ujian dan kemudahan SHN ditanggung kerajaan, tetapi apabila membuka semula operasi selepas ini untuk lebih banyak perjalanan, kami akan beralih kepada pendekatan lebih mampan,” katanya.

Beliau menjangkak­an republik itu memiliki kemampuan membenarka­n lebih ramai pemegang LTP di luar negara kembali ke Singapura. BERNAMA

Republik ini sudah mewujudkan laluan hijau dengan China dan sedang berusaha berbuat demikian dengan beberapa negara lain.

Lawrence Wong, Menteri Pembanguna­n Singapura

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia