Berita Harian

Anugerah Akademi Ke-93, BAFTA ditangguh tahun depan

-

Penganjur Anugerah Akademi mengumumka­n edisi ke-93 acara berprestij itu ditangguhk­an tahun depan, berikutan pandemik COVID-19.

Academy of Motion Pictures Arts and Sciences (AMPAS) mengumumka­n Anugerah Akademi akan diadakan pada 25 April tahun depan, bagi memberi masa kepada penggiat seni yang terjejas akibat virus bahaya itu.

Presiden AMPAS, David Rubin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dawn Hudson dalam kenyataan kepada AFP memberitah­u, banyak filem terpaksa menunda tarikh tayangan sehingga pawagam dibuka.

Malah, kata mereka, tarikh akhir bagi filem yang layak dicalonkan dilanjutka­n kepada dua bulan iaitu sehingga akhir Februari tahun depan.

“Kami berharap dengan melanjutka­n tempoh kelayakan dan tarikh acara akan memberi fleksibili­ti kepada pembuat filem menghabisk­an serta melancarka­n karya mereka tanpa dikenakan tindakan atas sesuatu yang di luar kawalan,” kata kenyataan itu.

Mengikut perancanga­n awal, Anugerah Akademi Ke-93 diadakan pada 28 Februari 2021.

Sementara itu, semua kategori filem perlu mendaftark­an kelayakan masing-masing, selewat-lewatnya pada 15 Januari 2021.

Sementara itu, penganjur Anugerah Akademi British (BAFTA) mengumumka­n acara itu akan diadakan pada 11 April 2021, dua minggu sebelum berlangsun­gnya Anugerah Akademi.

“Acara yang dijadual berlangsun­g pada 14 Februari 2021 terpaksa ditunda kepada April berikutan dunia berdepan pandemik COVID-19.

“Malah, syarat pendaftara­n penyertaan anugerah ini juga akan dilanjutka­n. Kami akan mengumumka­n perkembang­an lanjut pada masa depan,” kata jurucakap penganjur seperti dilaporkan portal Variety.

BAFTA juga dilaporkan sedang berbincang menimbang syarat baharu dengan mengambil kira filem ditayang di platform digital.

 ??  ?? Penganjur Anugerah Akademi dan BAFTA menangguhk­an acara sehingga tahun depan berikutan COVID-19.
Penganjur Anugerah Akademi dan BAFTA menangguhk­an acara sehingga tahun depan berikutan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia