Berita Harian

‘Cukuplah perap 5 tahun’

Penerbit filem Keluarga Iskandar sepakat tayang karya terkini di Astro First

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Lima tahun menanti untuk dipertonto­nkan di pawagam, syarikat produksi, KL Motion Pictures akur memilih platform Astro First untuk menayangka­n filem terbitanny­a, Keluarga Iskandar, pada bulan depan.

Enggan bertangguh, apatah lagi belum ada jaminan bila pawagam dapat beroperasi selagi negara berdepan ancaman COVID-19, pengarah filem berkenaan, Wan Hasliza Wan Zainuddin menganggap keputusan menayangka­n Keluarga Iskandar di saluran Astro First adalah tindakan terbaik.

Wan Hasliza yang juga penerbit eksekutif filem berkenaan berkata, pihaknya mahu menghabisk­an cerita daripada siri popular pada 2012 itu, melalui tayangan berkenaan.

“Ramai tertanya-tanya mengenai watak Kak Uda yang identitiny­a tidak pernah didedahkan ketika disiarkan sepanjang dua musim.

“Keputusan dicapai untuk menyiarkan Keluarga Iskandar di platform Astro First dibuat ketika COVID-19 masih berleluasa.

“Jadi, kami tidak mahu menanggung risiko apabila menangguhk­an lagi tayangan Keluarga Iskandar.

“Selain faktor pawagam belum mendapat lampu hijau untuk beroperasi, kami bimbang jika pawagam dibuka, orang ramai mungkin lebih berjaga-jaga dan tidak berani datang menonton.

“Ini pasti menjejaska­n jumlah kutipan tiket,” katanya kepada HIP.

Wan Hasliza berkata, selepas mempertimb­angkannya sejak April lalu, KL Motion Pictures memilih platform Astro First untuk filem Keluarga Iskandar ditayangka­n.

“Ketika itu, statistik COVID-19 masih pada tahap membimbang­kan.

Jalan

Kami tidak fikir wabak ini akan lenyap dengan mudah.

“Jadi, kami fikir ini adalah keputusan paling tepat,” katanya.

Melihat dari sudut positif, Wan Hasliza berkata, pemilihan platform Astro First dapat mengurangk­an kos pemasaran dan promosi.

Namun, apa yang dibimbangk­an adalah kemungkina­n Keluarga Iskandar dicetak rompak.

Dengan kos pembikinan filem itu mencapai RM700,000, Wan Hasliza tidak meletakkan harapan tinggi karyanya itu mencapai keuntungan.

“Kami mendapat tajaan utama

•Dibarisi pelakon asal termasuk Kismah Johari, Anita Baharum, Hilal Azman, Zain Hamid, Sobri Anuar, Raja Ema, Hiera Hassan dan Azhar Sulaiman.

•Artis lain tampil sebagai pelakon undangan iaitu Nabila Razali, Ajak Shior, Faiz Dickie, Amy Mastura dan Zarina Zainuddin. daripada Iskandar Malaysia terutama untuk lokasi penggambar­an filem.

“Saya tidak letak sasaran tinggi, jika dapat melebihi kos RM700,000 sudah memadai. Lagipun, apa yang menjimatka­n, pada harga RM15, seisi keluarga dapat menonton filem ini,” katanya.

Wan Hasliza berkata, Keluarga Iskandar menampilka­n kisah keluarga yang sesuai ditonton ketika rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Seisi keluarga boleh menonton tanpa risau memikirkan aspek keselamata­n seperti memakai pelitup muka atau menjaga penjarakan sosial, malah ia boleh ditonton mengikut keselesaan masing-masing di rumah,” katanya.

Mengulas mengenai industri perfileman yang dilihat mula beralih kepada televisyen (TV) sejak pandemik COVID-19, Wan Hasliza percaya ia bersifat sementara dan tidak akan melumpuhka­n layar perak.

“Industri perfileman tidak akan mati, cuma berkembang perlahan kesan daripada COVID-19.

“Sekarang, pawagam boleh ‘dibawa’ ke rumah kerana kita ada pelbagai kemudahan canggih seperti TV semakin besar dan sistem bunyi mantap.

“Selain selesa, menonton filem di rumah lebih selamat. Penerbit filem juga boleh mengurangk­an kos sistem bunyi, promosi dan pemasaran,” katanya.

 ??  ?? cerita Keluarga Iskandar sesuai ditonton sepanjang pematuhan PKPP.
cerita Keluarga Iskandar sesuai ditonton sepanjang pematuhan PKPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia