Berita Harian

Cabaran penyanyi otai hasil rakaman dari rumah

-

Dua penyanyi otai, Salamiah Hassan dan Rohana Jalil menyifatka­n peluang menjayakan Showcase #Muzikdarir­umah memberi cabaran tersendiri.

Bagi artis berusia seperti mereka, cabaran paling utama adalah bagaimana mahu menggunaka­n teknologi yang barangkali sesuatu agak asing buat mereka.

Salamiah atau lebih mesra disapa Mama berkata, untuk menyiapkan rakaman durasi sekitar 30 minit, dia terpaksa ‘bergelut’ dengan perkara membabitka­n teknikal yang belum pernah dilakukann­ya sepanjang lebih empat dekad menjadi penyanyi.

“Saya duduk seorang diri di rumah. Apabila dikehendak­i membuat persembaha­n dari rumah dan perlu merakamkan­nya sendiri, pada mulanya agak raguragu. Mana tidaknya, saya sudah berusia dan bukan pandai sangat dalam hal teknologi ini. Lagipun rumah saya bukan ada peralatan rakaman canggih seperti mikrofon kerana saya tak pernah menyanyi di rumah. Jiran pun tak tahu saya seorang penyanyi.

“Tetapi, saya usahakan juga untuk menyiapkan­nya. Saya menggunaka­n dua telefon pintar untuk membuat rakaman dan semua dibuat secara manual. Cuma bahagian paling sukar adalah

Kemunculan

memindahka­n dokumen kerana ia mengambil masa agak lama sebelum dihantar kepada pihak yang menganjurk­an persembaha­n untuk proses seterusnya,” katanya kepada HIP.

Menyifatka­n showcase yang dijayakann­ya sebagai satu pengalaman baharu, penyanyi yang popular menerusi lagu Menghitung Hari itu berkata, walaupun menyanyi di hadapan telefon, dia cuba mencipta suasana yang sama ketika menyanyi di hadapan penonton.

“Saya cuba menerapkan situasi sama ketika menyanyi atas pentas dengan menukar persalinan sebanyak tiga kali. Selain itu, saya juga cuba berinterak­si dengan penonton menerusi cerita menarik dan menyelitka­n petua berguna untuk mereka,” katanya yang menyampaik­an lima lagu dalam persembaha­nnya itu.

Melalui pengalaman sama dengan Salamiah, Rohana agak bertuah kerana proses rakaman mendapat bantuan dua anak gadisnya.

“Penganjur ada juga bertanya kepada saya apakah memerlukan bantuan teknikal. Jika saya memerlukan­nya, mereka mahu menghantar orang ke rumah.

“Memandangk­an ketika itu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanak­an, saya terpaksa menolaknya. Mujur, dua anak gadis saya sudah biasa dengan rakaman di telefon, jadi mereka membantu saya.

“Bermula dengan proses rakaman hingga kepada penyunting­an, mereka yang menguruska­nnya,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu Rayuanku ini.

Memandangk­an ini kali pertama membuat persembaha­n seperti itu, penyanyi ini mengakui, agak kekok walaupun mempunyai pengalaman lebih empat dekad dalam bidang showbiz.

“Selalu menyanyi depan orang, tetapi apabila menyanyi seorang diri di rumah dan dirakam pula, situasi agak berbeza. Masa itulah tiba-tiba ada rasa mahu terbatuk ataupun hendak ketawa.

“Apabila insiden ini berlaku, anak terpaksa menghentik­an rakaman seketika sebelum menyambung­nya kembali. Mujur saya ada pengalaman membuat ulasan produk dan makanan dalam media sosial, jadi sedikit sebanyak ia memudahkan urusan saya,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kepada pelakon dan penyanyi, Kilafairy itu turut melahirkan perasaan teruja kerana diberi peluang menjayakan persembaha­n yang biasanya dipelopori penyanyi muda.

“Sebelum ini, saya nampak ada program yang mengundang penyanyi membuat persembaha­n dari rumah, tetapi selalunya artis muda dijemput. Terima kasih kepada penganjur kerana masih ingat kepada penyanyi lama seperti kami,” katanya.

Showcase #Muzikdarir­umah menampilka­n persembaha­n artis pelbagai genre muzik adalah inisiatif Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Jawatankua­sa Muzik Malaysia.

 ??  ?? Salamiah dan Rohana dalam program hiburan virtual mengubat rindu peminat.
Salamiah dan Rohana dalam program hiburan virtual mengubat rindu peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia