Berita Harian

Teruja ‘sentuh’ padang latihan

-

Kuala Lumpur: Pertahanan Negeri Sembilan, Shahrom Kalam mengakui sangat teruja apabila dapat ‘menyentuh’ padang latihan bersama rakan pasukan buat kali pertama selepas tiga bulan saingan bola sepak tempatan ditangguhk­an akibat COVID-19.

Walaupun sudah lama berada dalam arena bola sepak, Shahrom menganggap perasaan turun latihan kali ini sangat berbeza berbanding sebelum ini.

“Pertama sekali, sebaik kami sampai di padang latihan hari ini (semalam), saya boleh nampak semua pemain terlalu teruja selepas tiga bulan kami tidak pernah turun jejakkan kaki ke padang, malah semua berikan komitmen lebih 100 peratus.

“Berkenaan SOP (prosedur operasi standard), kami semua langsung tidak ada sebarang masalah untuk ikut, terutama dalam penjarakan sosial biarpun tidak dinafikan ada perasaan janggal pada awal hingga akhir latihan.

“Apa yang penting, saya bersyukur kami sudah boleh jalani latihan kerana itu paling mustahak berbanding berlatih secara bersendiri­an. Penting untuk kami berjumpa sesama sendiri memandangk­an bola sepak adalah sukan berpasukan,” katanya.

BH Sukan kelmarin melaporkan Negeri Sembilan menjadi pasukan pertama mendapat kebenaran berlatih daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas menjadi pasukan tunggal yang sudah memenuhi empat kriteria berkaitan pematuhan SOP yang perlu

Apa yang penting, saya bersyukur kami sudah boleh jalani latihan kerana itu paling mustahak berbanding berlatih secara bersendiri­an.

Shahrom Kalam,

Pertahanan Negeri Sembilan

dipatuhi semua pasukan.

Selain itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Sazali Saidun berkata, sesi latihan itu dipecahkan kepada tiga kumpulan yang membabitka­n sembilan pemain bagi setiap kumpulan berserta empat pegawai dalam tempoh 45 minit.

“Kami akan sedaya upaya memenuhi segala syarat ditetapkan pada latihan fasa satu ini kerana tidak mahu peluang sebegini boleh hilang jika kami cuai kendalikan SOP selain bertanggun­gjawab menyekat penularan wabak COVID-19.

“Bagi latihan tanpa sentuhan badan, saya tidak boleh gunakan teknik latihan yang terlalu kompleks dan mungkin menumpukan kepada aspek teknikal dan fizikal.

“Namun sekurang-kurangnya dengan kehadiran pemain di depan mata, saya boleh mengawal tahap intensiti setiap pemain serta mengikut kehendak saya berbanding sebelum ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia