Berita Harian

Hashim bimbang Kelantan terkubur dari saingan liga

-

Kuala Lumpur: Bekas penyerang Kelantan, Hashim Mustapha menyifatka­n satu kerugian besar sekiranya skuad The Red Warriors (TRW) terkubur dari saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ini kerana katanya Kelantan mempunyai nama besar dalam kancah bola sepak tempatan dan pernah menjadi pasukan gergasi terutama pada musim 2010 hingga 2013.

“Ia satu benda yang tak pernah terlintas dalam kepala bahawa Kelantan tidak boleh bermain. Sudah pasti kita tak nak tengok Kelantan terkubur.

“Nama Kelantan ini besar (dalam kancah Liga M) dan mereka beraksi dalam Liga Perdana ketika ini pun saya rasa tidak patut, kerana Kelantan sepatutnya berada di Liga Super.

“Namun, sekarang kita bimbang jika nak main di Liga M3 pun mereka tak boleh,” kata bekas pemenang kasut emas Liga Perdana 1993 dan 1994 itu kepada BH Sukan, semalam.

Sabtu lalu, akhbar ini melaporkan pemerhati bola sepak, Mohd Sadek Mustafa menyifatka­n Kelantan sudah ‘tiada nyawa’ dan tidak mustahil akan menerima nasib sama seperti Perlis yang terkubur akibat masalah hutang.

Ia susulan masalah hutang hampir RM5 juta yang ditanggung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ketika ini dengan tunggakan gaji tiga pemain import mereka sahaja sudah mencecah lebih RM850,000.

Selain itu, Hashim menganggap masalah hutang terjadi kerana kesilapan pengurusan KAFA sebelum ini yang berbelanja melebihi kemampuan.

“Kita ada RM5, tapi belanja RM10. Kita tak boleh tiru JDT (Johor Darul Ta'zim) sebab mereka berkemampu­an. Kalau kita yang tiada kemampuan nak tiru mereka, susahlah.

“Sekarang, barisan kepemimpin­an KAFA yang ada kena fikir jalan terbaik untuk elak Kelantan terkubur. Memang rugi sebab Kelantan pun ada penyokong yang ramai dan terbaik,” katanya.

Hashim Mustapha

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia