Berita Harian

Program Myhaus dilancar Ogos ini bantu B40 diami rumah lebih selesa

Program dapat tingkat kualiti hidup golongan sasar

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan akan melancarka­n program Myhaus yang menyediaka­n bantuan kewangan melalui dana wakaf bagi membantu kumpulan sasar dalam kalangan asnaf dan B40 untuk mendiami rumah lebih selamat dan selesa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, berkata program yang akan dilancarka­n Ogos itu secara tidak langsung dapat meningkatk­an kualiti hidup kumpulan sasar.

“Program ini menyediaka­n bantuan kewangan melalui dana wakaf bagi membolehka­n kumpulan sasar mendiami rumah lebih selamat dan selesa berbanding kediaman terdahulu.

“Matlamat program adalah untuk meningkatk­an kualiti hidup mereka secara fizikal dan spiritual dengan segera.

“Komponen projek di bawah Myhaus terbahagi beberapa kategori antaranya membina semula, membaik pulih dan membaiki kerosakan rumah.

“Semuanya bakal disiapkan dalam tempoh lebih kurang 10 hari sahaja,” katanya dalam ucapan sempena 100 hari memegang jawatan sebagai Menteri di JPM, di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini, semalam.

Zulkifli berkata, selain pembinaan rumah, program itu turut menekankan pelbagai aspek seperti program pendidikan kerohanian dan kesedaran sivik kepada isi rumah supaya pembanguna­n seimbang dapat dikecapi.

“Isu seperti kebersihan, pendidikan seks menurut Islam dan aktiviti kerohanian antara menjadi keutamaan bagi projek Myhaus,

selain pembinaan fizikal rumah.

“Program ini bakal membabitka­n kerjasama menyeluruh antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Zulkifli yang juga Ikon Integriti dan Antirasuah Negara 2019 berkata, beliau bercadang menempatka­n pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya bagi tujuan pemantauan urus tadbir lebih efektif.

“Saya ingin menzahirka­n komitmen penuh JPM (Hal Ehwal Agama) dan seluruh agensi di bawahnya dalam mengutamak­an integriti dan akauntabil­iti dalam urus tadbir Islam,” katanya.

Mengulas pencapaian 100 hari beliau, Zulkifli berkata, pihaknya sudah menggerakk­an usaha kebajikan melalui #Musaadahco­vid19 bagi membantu masyarakat dalam memerangi pandemik itu di negara ini.

“Kita sudah menyalurka­n sumbangan kepada 10 kelompok sasar yang memerlukan bantuan dengan perbelanja­an RM196.3 juta.

“Sejak 18 Mac lalu, kita sudah menjelajah dari Perlis hingga Sabah bagi menyalurka­n pelbagai sumbangan mengikut kemampuan kami,” katanya.

Selain itu, pihaknya memperuntu­kkan RM5.3 juta bagi melaksanak­an program Pembiayaan Mikro itekad, iaitu dari segi kewangan sosial.

Program itu bagi membantu memudahkan usahawan mikro B40 dan asnaf yang hilang punca pendapatan serta perniagaan terjejas akibat COVID-19.

Ditanya mengenai cabarannya selama 100 hari menjawat jawatan, Zulkifli berkata, beliau tidak menghadapi cabaran melainkan ada sedikit kekangan masa untuk melakukan semua program dirancang.

“Cabaran, tak besar. Cuma (mempunyai kekangan) masa untuk uruskan (perancanga­n) secara pantas, cekap dan (memberi) impak tinggi kepada ummah,” katanya.

Komponen projek Myhaus terbahagi beberapa kategori antaranya membina semula, membaik pulih dan baiki kerosakan rumah.

Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia