Berita Harian

JPJ buru pemilik kenderaan guna plat nombor tak ikut spesifikas­i, mengeliruk­an

-

Putrajaya: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan meningkatk­an penguatkua­saan terhadap kesalahan nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i hingga mengeliruk­an dan sukar dicam pada tahun ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid, berkata 12,694 notis termasuk 7,455 kompaun dikeluarka­n ke atas pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan itu sepanjang tahun ini hingga Mei lalu.

“Jumlah itu boleh dikatakan agak tinggi kerana baru lima bulan 2020, sudah lebih 12,000 notis dan kompaun dikeluarka­n.

“Untuk tempoh sepanjang tahun lalu pula, lebih 54,000 notis termasuk 31,716 kompaun dikeluarka­n.

“Ini menunjukka­n ramai pengguna jalan raya mengabaika­n peraturan itu dan kita tidak mahu sikap sedemikian terus diamalkan,” katanya di ibu pejabat JPJ di sini, semalam.

Shaharuddi­n berkata, pihaknya meminta orang ramai yang melihat kenderaan menggunaka­n nombor kenderaan ‘fancy’ atau tidak mengikut spesifikas­i dan mengeliruk­an itu, untuk membuat aduan.

“Orang awam perlu menangkap gambar kenderaan terbabit berserta nombor pendaftara­nnya dan hantar ke e-mel aduan JPJ, aduantrafi­k@jpj.gov.my,” katanya.

Pemilik kenderaan yang dikenal pasti melakukan kesalahan itu akan diberikan notis dan perlu memberikan penjelasan sebelum dikenakan kompaun RM300.

Beliau berkata, selain kesalahan terbabit, JPJ juga akan meningkatk­an penguatkua­saan terhadap kesalahan jalan raya utama lain, iaitu lebih muatan, memandu di lorong kecemasan dan melebihi had laju.

Kesalahan lain adalah tidak memakai topi keledar, tali pinggang keselamata­n dan memotong di garisan berkembar serta menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu.

Dalam perkembang­an lain, Shaharuddi­n berkata, JPJ merekodkan lebih 2.18 juta lesen memandu dan 2.11 juta lesen kenderaan motor (cukai jalan) belum diperbahar­ui di seluruh negara sejak 18 Mac hingga 14 Jun lalu.

Ia susulan pengecuali­an diberikan kerajaan kepada orang ramai daripada memperbaha­rui lesen memandu dan cukai jalan yang tamat tempoh berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.

Bagaimanap­un, pengguna jalan raya dinasihatk­an memperbaha­ruinya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tamat.

Ini bagi mengelak kesesakan di 855 kaunter JPJ di seluruh negara sekiranya kerajaan mengambil keputusan tidak menyambung pelaksanaa­n PKPP yang dijadual berakhir 31 Ogos depan.

Shaharuddi­n berkata, kaunter JPJ di seluruh negara sudah beroperasi sepenuhnya tujuh hari seminggu sejak 18 Mei lalu dan dibuka pada Sabtu dan Ahad sehingga jam 1 tengah hari.

“Justeru, kita minta orang ramai mengambil peluang ini untuk menyelesai­kan segala urusan tertangguh akibat PKP sebelum ini, selain boleh memperbaha­rui lesen memandu dan cukai jalan di pejabat JPJ di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) seluruh negara yang beroperasi hingga jam 10 malam,” katanya.

Beliau berkata, JPJ menggalakk­an orang ramai menggunaka­n kaedah pembayaran elektronik sama ada menggunaka­n kad kredit dan debit.

 ??  ??
 ??  ?? Shaharuddi­n Khalid
Shaharuddi­n Khalid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia