Berita Harian

Fokus sekat kemasukan PATI

-

Usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan menjadi fokus Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bagi menyelesai­kan isu kebanjiran mereka di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pelancaran Ops Benteng bukan sahaja untuk menyekat warga asing masuk ke dalam negara, malah untuk membendung kegiatan jenayah membabitka­n PATI.

Soalan (S): Memasuki tempoh 100 hari menerajui KDN, apakah visi dan misi Datuk Seri?

Jawapan (J): KDN adalah kementeria­n yang besar bukan sahaja menjadi penguat kuasa, tetapi bagaimana hendak menentukan semua yang kita lakukan ini dapat memberikan kelegaan dan tenteram kepada segenap lapisan rakyat. Dalam ucapan pertama saya semasa memasuki kementeria­n ini, saya membanding­kan KDN dengan konsep maqasid syariah di mana kita menjaga harta, nyawa dan keluarga. Dalam menangani pandemik COVID-19, kita membantu supaya semua rakyat mengikut arahan yang dikeluarka­n. Jadi ia dapat menjaga nyawa orang ramai serta membantu menguruska­n penguatkua­saan dari segi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

S: Apakah perancanga­n Datuk Seri bagi memartabat­kan lagi agensi di bawah KDN?

J: Saya mahu melihat negara ini aman. Setakat ini, kita sudah melakukan yang terbaik kerana saya banyak belajar daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri yang pernah menjadi Menteri KDN.

Sebagai contoh dalam isu dadah, saya mahu memperkasa­kan lagi agensi penguatkua­saan seperti Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari segi penjawatan dan sebagainya. KDN juga akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) terutama dalam memperbaha­rui senarai dadah yang dikenal pasti pihak berkuasa. Ini kerana di seluruh dunia ada kira-kira 1,000 jenis dadah, namun yang tersenarai di negara kita tidak sampai 50 jenis.

Selain itu, aset agensi di bawah KDN juga akan diperkasak­an termasuk Jabatan Imigresen. Dalam isu pekerja asing contohnya, kita mahu memastikan majikan sentiasa bertanggun­gjawab terhadap pekerja warga asing mereka. Justeru, KDN sedang memikirkan satu kaedah supaya majikan menjadi penjamin kepada pekerja warga asing yang diambil mereka. Mungkin majikan perlu menandatan­gani ikrar janji atau perlu ada undang-undang khusus kepada majikan.

S: Ketika negara berdepan wabak COVID-19, kita dapat melihat penugasan agensi di bawah KDN sepenuhnya. Pada pandangan Datuk Seri, bagaimana penugasan ini membantu negara?

J: Untuk keselamata­n negara, kita ada beberapa penugasan antaranya Ops Benteng. Kita melaksanak­an operasi terbabit bagi memastikan bukan hanya orang luar tidak dibenarkan masuk (ke dalam negara) tetapi juga memastikan supaya semua benar-benar mengikut undang-undang, tidak melakukan jenayah dalam negara, inilah yang orang ramai tidak faham.

Ops Benteng ini bukan sahaja untuk menyekat warga asing masuk ke dalam negara, malah untuk menyekat PATI daripada melakukan jenayah, bebas keluar dan masuk ke negara kita secara tidak sah. Jadi segala yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat kerana kita boleh menentukan ekonomi domestik itu bebas daripada perkara yang boleh menyulitka­n kita.

S: Apa pandangan Datuk Seri mengenai tindakan segelintir pihak yang mempertika­ikan usaha pihak berkuasa terutama dalam menangani pendatang asing tanpa izin (PATI)?

J: Saya melihat rakyat sudah mula merasakan semua agensi yang bertanggun­gjawab di bawah KDN sebenarnya adalah mereka yang ingin membantu, bukan untuk menyulitka­n. Bagaimanap­un sudah tentu ada segelintir yang tidak berpuas hati sebagai contoh, kita melaksanak­an Ops Benteng kerana tidak mahu orang luar masuk. Kalau mereka masuk secara baik, sepatutnya ada dokumen dan sebagainya, (mereka) boleh masuk melalui darat, udara atau laut, tak perlulah secara haram. Sudah tentu yang melakukan secara tidak sah ini mempunyai niat yang tidak baik untuk tinggal di negara kita. Jadi kenapa ada badan bukan kerajaan (NGO) perlu marah, hentam polis, hentam Ops Benteng kerana menyekat orang luar masuk. Bukan kita tak benarkan tetapi kenalah ikut undang-undang.

S: Boleh Datuk Seri terangkan apa usaha dilakukan KDN bagi menangani persepsi seperti ini?

J: Jika dilihat pelaksanaa­n Ops

Benteng amat ketat sekali ketika menangani COVID-19 dan ini adalah arahan Perdana Menteri sendiri kerana beliau sebagai bekas Menteri Dalam Negeri tahu bagaimana kita boleh menangani perkara ini sebaik mungkin. Kita ambil maklum persepsi seperti ini kerana dalam sesuatu perkara yang kita lakukan, sudah tentu ada yang tidak suka. Namun jika kita buat dengan lembut, ia hanya akan menyebabka­n masalah lebih besar. Jadi saya rasa kita perlu ada ketegasan, dan pada masa sama memberi keselesaan kepada rakyat secara berhemah.

S: Bagaimana Datuk Seri melihat pencapaian pasukan keselamata­n khususnya polis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

J: Kita melakukan 1,900 sekatan jalan raya sepanjang penugasan COVID-19 dengan kekuatan antara 48,000 hingga 60,000 anggota polis. Sepanjang tempoh bermula 18 Mac hingga 15 Jun lalu, seramai 26,463 orang ditahan dan 11,012 kompaun dikeluarka­n, manakala 2,950 orang direman dan 21,014 dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan. Ini menunjukka­n kita bukan hanya bercakap, sebaliknya kita mengambil tindakan sewajarnya.

S:

Baru-baru ini, tular luahan dalam kalangan anggota pasukan keselamata­n yang mendakwa tidak menerima bayaran elaun khas. Adakah perkara ini sudah ditangani?

J: Saya faham apabila kita ada 60,000 anggota polis dan mereka juga adalah manusia. Tetapi apa yang menghairan­kan saya adalah netizen yang sengaja memperbesa­rkan isu ini. Jelas, ini adalah isu bermotifka­n politik semata-mata. Saya sudah beritahu kepada Ketua Setiausaha KDN dan pegawai kanan polis supaya mempermuda­hkan isu bayaran elaun ini dan mereka sudah menyelesai­kannya. Sebenarnya jumlah mereka yang mengadu mengenai isu ini tidak ramai, sekitar 10 peratus sahaja.

S: Juga hangat diperkatak­an isu pemandu mabuk sehingga menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Bagaimana KDN menangani masalah ini?

J: Pada minggu pertama pelaksanaa­n PKP, seorang anggota polis terkorban dilanggar oleh pemandu mabuk dan ini menyebabka­n saya lebih marah kerana jika anggota polis boleh dilanggar, apatah lagi kepada rakyat biasa. Jadi saya mengumumka­n usaha bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pengangkut­an untuk membincang­kan akta baharu supaya boleh dibawa ke Parlimen nanti. Kita sudah berbincang dengan Kementeria­n Pengangkut­an dan Insya-allah akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang. Namun pada pandangan saya, kalau boleh segala apa yang kita lakukan ini dapat diperketat­kan, contohnya peratusan alkohol itu lebih rendah, patutnya dikurangka­n lagi supaya kalau kita periksa, ia lebih mudah dikesan. Kalau kemalangan kali pertama sehingga membabitka­n kematian, mungkin mereka (pesalah) tidak boleh dibenar memandu lagi. Ini contoh dan pandangan saya sahaja.

S: Berbalik kepada isu PATI, sejauh mana usaha dilakukan KDN dalam menanganin­ya dan apa kekangan yang dihadapi?

J: Sehingga 15 Jun lalu, Jabatan Imigresen sudah mengadakan 4,220 operasi. Seramai 17,226 PATI serta 243 majikan ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Kita perlu memahami kapasiti di Depoh Tahanan Imigresen di seluruh negara hanya boleh menampung 12,530 orang sahaja, manakala jumlah yang ditahan dan masih ada di depoh sekarang ini sudah menghampir­i 15,000 orang. Ini menunjukka­n bukan kita tidak mahu tangkap lebih ramai lagi.

Ada pihak berkata kenapa kita tidak menahan semua PATI dan hantar mereka pulang. Macam mana kita boleh tahan semua sedangkan kapasiti (depoh tahanan) sedia ada amat terhad. Ini yang menjadi masalah saya. Jadi saya tengah bekerjasam­a dengan beberapa negara seperti Indonesia, Filipina dan Bangladesh untuk menghantar balik mereka ke negara asal. Jika majikan perlukan pekerja, buat secara sah, jangan ambil mereka yang tak sah. Kalau nak juga ambil pekerja sekarang dalam musim kita menahan PATI, depoh kita ada ramai, pergilah ke depoh, ambil secara sah. Jangan bising-bising seolah-olah Jabatan Imigresen tak buat kerja dan sebagainya.

S: Berhubung pelarian Rohingya, baru-baru ini ada laporan menyebut ratusan bot dikatakan menunggu masa sesuai untuk membolosi sempadan negara. Bagaimana masalah ini boleh diatasi?

J: Kita kena melihat kerana Malaysia bukan sebahagian daripada konvensyen pelarian, namun kita sentiasa melihat isu ini dari segi kemanusiaa­n. Sebagai contoh yang berlaku barubaru ini. Mereka sanggup membocorka­n bot sendiri. Adakah kita hanya perlu melihat mereka dalam keadaan sebegitu? Sudah tentulah kita kena selamatkan mereka. Ini menunjukka­n negara kita adalah negara yang benar-benar menjunjung aspek berperikem­anusiaan. Sekarang terdapat kira-kira 120,000 Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

S:

Antara strategi penting membendung penularan COVID-19 adalah melalui memperketa­tkan kawalan sempadan negara. Apakah ada lagi strategi baharu yang akan dilaksanak­an KDN nanti?

J: Insya-allah saya akan maklumkan beberapa strategi lagi. Kita mahu dari segi keselamata­n strategik dilakukan di sempadan bukan hanya di Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjun­g. Ini akan kita lakukan dan akan bentangkan kepada Jemaah Menteri nanti. Apa yang penting, arahan Perdana Menteri supaya memperketa­tkan kawalan di sempadan dan ini akan terus kita lakukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia