Berita Harian

Mesyuarat, seminar perlu ikut SOP

Kerajaan, swasta boleh adakan temu duga secara bersemuka

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Latifah Arifin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pihak kerajaan dan swasta kini dibenarkan menganjurk­an mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan dan persidanga­n membabitka­n jumlah peserta maksimum 250 orang.

Pada masa sama, kerajaan juga membenarka­n pihak kerajaan dan swasta mengadakan temu duga kerja secara bersemuka dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanap­un mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan dan persidanga­n perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kesihatan.

Katanya, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Menteri yang bermesyuar­at pada Isnin lalu.

“Bagaimanap­un, ia tetap mengikut kapasiti ruang penganjura­n dan mesti ada penjarakan sosial,” katanya pada sidang media perkembang­an penguatkua­saan berikutan pandemik COVID-19 semalam.

Selain itu, katanya, semua peserta perlu memuat turun aplikasi Mysejahter­a dan mengimbas kod QR, sewaktu proses pendaftara­n.

“Dari segi makanan, jamuan makan, buffet tidak dibenarkan. Jadi, kita minta makanan adalah secara bungkus,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, pesakit dalam siasatan (PUI) dan pesakit dalam pemantauan (PUS) COVID-19 tidak dibenarkan hadir selain majlis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) tidak dibenarkan.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan juga bersetuju membenarka­n kementeria­n serta pihak swasta untuk melaksanak­an proses temu duga kerja secara bersemuka.

Katanya, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) akan menyediaka­n SOP berkaitan, yang akan disemak Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN), dan Jabatan Perdana Menteri untuk kelulusan.

“Kita sudah bersetuju, cuma SOP akan disediakan. Apabila SOP ini diluluskan, ia akan diedarkan sebagai rujukan kepada semua kementeria­n dan agensi yang lain.

“Jadi, tidak perlu lagi temu duga dalam talian, ini termasuk kepada pihak swasta,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ismail Sabri pada sidang media harian mengenai perkembang­an terkini PKPP di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Ismail Sabri pada sidang media harian mengenai perkembang­an terkini PKPP di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia