Berita Harian

Dexamethas­one sesuai kes kritikal

Kementeria­n minta masyarakat waspada, tak salah guna ubat

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Ubat jenis dexamethas­one hanya sesuai digunakan untuk pesakit COVID-19 kategori lima, iaitu mereka yang mengalami masalah pernafasan dan dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Susulan itu, Ketua Pengarah

Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ubat terbabit tidak sesuai digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 yang bergejala ringan.

“Ubat ini bukan perkara baharu kerana sudah diperkenal­kan sejak 1960-an lagi. Kebiasaann­ya kita hanya menggunaka­n sekitar empat miligram dos selama dua atau tiga kali sehari.

“Jika digunakan tanpa preskripsi doktor, ia akan menyebabka­n kesan sampingan kepada pesakit seperti komplikasi dan lemah otot. Atas sebab itu, Kementeria­n Kesihatan (KKM) menyeru orang ramai berwaspada dan tidak menyalahgu­nakan atau mengambil ubat berkenaan tanpa preskripsi doktor,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembang­an awal keberkesan­an ubat dexamethas­one dalam merawat pesakit COVID-19 di hospital.

Dr Noor Hisham berkata, dexamethas­on adalah sejenis ubat steroid yang digunakan untuk mengurangk­an radang dalam pelbagai penyakit dan hasil dapatan awal menunjukka­n ubat berkenaan dapat mengurangk­an risiko kematian iaitu sehingga satu pertiga dalam kalangan pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala pernafasan serius, terutama mereka yang memerlukan bantuan pernafasan.

Terdahulu, media melaporkan

Britain memulakan rawatan asas menggunaka­n steroid yang disifatkan sebagai penemuan baharu bagi pesakit COVID-19 kritikal meskipun pandemik itu bertambah teruk di China dan serata dunia.

Penyelidik­an diterajui pasukan dari University of Oxford itu menggunaka­n ubat terbabit kepada lebih 2,000 pesakit COVID-19 yang kritikal. Hasilnya, kadar kematian dalam kalangan mereka dan ada yang hanya boleh bernafas dengan bantuan mesin pernafasan ventilator dapat dikurangka­n sehingga 35 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia