Berita Harian

KKM kenal pasti satu kluster meninggal di rumah

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan mengenal pasti satu kluster meninggal dunia di rumah (MDR) berkaitan dengan kes kematian ke-120, iaitu kes ke-8,403 di Sabah dan turut menjangkit­i dua petugas kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes pertama bagi kluster berkenaan ialah seorang warga emas yang meninggal dunia di rumahnya pada 12 Jun lalu akibat komplikasi sakit jantung.

Beliau kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk jalani saringan COVID-19 sebelum mendapati pesakit terbabit positif wabak itu.

“Sebelum ini beliau mendapat rawatan untuk penyakit jantung di Hospital Queen Elizabeth 2. Aktiviti saringan kontak rapat dijalankan dan didapati dua kakitangan wad terbabit positif COVID-19,”

katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini semalam.

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari semalam, pihaknya membuat saringan ke atas 63 individu yang merangkumi 21 anggota kesihatan, dua pesakit dan 40 ahli keluarga dan rakan.

“Langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar turut dijalankan di semua tempat yang dikenal pasti terdedah, termasuk di wad dan rumah arwah.

“Perkhidmat­an Hospital Queen Elizabeth 2 tidak terjejas dan berterusan seperti biasa. Punca jangkitan kluster ini adalah masih dalam siasatan,” katanya.

Mengenai status terkini kluster warga emas di Kuala Selangor, Dr Noor Hisham berkata, seramai 64 individu sudah disaring iaitu 12 kakitangan, 24 penghuni, 10 ahli keluarga, 13 petugas kesihatan dan lima orang awam.

“Daripada saringan berkenaan kita dapati, seramai tujuh kes positif COVID-19, 43 kes negatif dan 14 individu kini masih menunggu keputusan saringan kesihatan.

“Selain itu, kakitangan pusat jagaan juga diberi taklimat mengenai amalan pencegahan seperti penjarakan sosial yang selamat dan pemakaian pakaian perlindung­an diri (PPE) semasa pengurusan penghuni,” katanya.

Beliau berkata, 10 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan semalam dan tiada kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, tiga kes membabitka­n bukan warganegar­a dan tujuh kes adalah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 8,515 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjan­gkitan COVID-19 521 kes.

“Bagi tiga kes dalam kalangan bukan warganegar­a, satu kes dikesan di Kuala Lumpur, iaitu individu berkenaan ialah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 bagi kes ke-8,455.

“Satu kes lagi dikesan di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson yang mana kes ini ialah Orang Kena Tahan (OKT) yang dipindahka­n ke Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil dan kes ketiga ialah di Sabah iaitu selepas melakukan saringan prapembeda­han di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS),” katanya.

Dalam pada itu, perincian bagi tujuh kes penularan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lima kes dikesan di Selangor iaitu empat kes dari Kluster Warga Emas Kuala Selangor yang juga kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan satu kes saringan di pusat tahfiz.

“Di Sarawak, kita kesan satu kes iaitu kontak rapat atau ahli keluarga kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-8,453, manakala di Sabah pula kita kesan satu kes yang juga kontak rapat kepada kes kematian ke-120 yang disebabkan oleh COVID-19.

“Sehingga kini empat kes positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumka­n tiada pertambaha­n kes kematian berkaitan COVID-19 dan jumlahnya kekal 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia