Berita Harian

Digitalisa­si permudah operasi HCTM UKM

Perkukuh kedudukan menerusi SOP, garis panduan baharu tangani COVID-19

-

Pengimbas haba kiplelive

Ketika kemuncak pandemik, siren ambulans memecah kesunyian jalan raya. Hospital bagaikan menjadi ‘medan perang’. Pegawai perubatan beradu nasib merawat pesakit di hospital.

Selain menjadi lokasi untuk menampung ramai pesakit setiap hari, hospital juga menjadi tempat penularan wabak COVID 19.

Secara asasnya, hospital mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan baharu yang ketat, namun keadaan sukar diduga.

Secara tradisinya, operasi hospital membabitka­n banyak kertas kerja termasuk kerja manual. Dengan prosedur keselamata­n berada pada tahap lebih tinggi, ia bermakna proses pendaftara­n lebih perlahan dan turut menyebabka­n lambakan dalam pentadbira­n.

Selain itu, pengendali­an tunai fizikal di hospital dianggap sebagai pembawa penularan COVID-19.

Sejak beberapa bulan lalu, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) (dahulunya dikenali sebagai HUKM) secara manual memperkuku­hkan kedudukann­ya menerusi SOP dan garis panduan baharu untuk menangani musuh yang tidak dapat dilihat, iaitu COVID-19.

Dengan kapasiti tahunan penerimaan pesakit berjumlah 40,000 orang, HCTM UKM menjadi antara hospital utama menangani pesakit COVID-19.

Kali ini, hospital berkenaan memperting­katkan tahap digital menerusi kerjasama dengan kiplelive, penyedia penyelesai­an keselamata­n berasaskan komuniti dan kiplepay yang juga penyelesai pembayaran tanpa tunai.

Kedua-dua entiti itu adalah anak syarikat Green Packet Bhd, syarikat teknologi maklumat dan komunikasi.

Menerusi kerjasama itu, ia menyasarka­n untuk menangani prosedur keselamata­n manual dengan segera.

Pertama, prosedur keselamata­n yang dilaksanak­an adalah panjang dan membebanka­n. Sebelum pendigital­an, ia memerlukan dua pasukan di pintu masuk.

Satu pasukan untuk mengambil bacaan suhu secara manual dan satu pasukan lagi merekodkan catatan. Pelekat dengan suhu yang dicatatkan diberikan kepada orang yang memasuki hospital. Biasanya, hospital mempunyai beberapa pintu masuk, jadi mereka memerlukan lebih ramai tenaga kerja. Satu lagi pusingan pendaftara­n adalah menerusi atas kertas dengan maklumat sama diperlukan di lobi hospital selepas memasuki bangunan. Langkah ini untuk pengesanan kenalan dan mungkin tidak berfungsi sekiranya berlaku kehilangan kertas berkenaan atau berlaku perubahan pada saat akhir yang memerlukan pegawai perubatan pergi ke tingkat berbeza berbanding apa yang diperlukan.

Digabungka­n dengan kerangka binaan dalaman untuk pencegahan pandemik, kiplelive turut merangkumi pengimbas haba kecerdasan buatan (AI), permohonan dalam talian untuk pengguna dan platform sokongan kepada pihak pengurusan.

Hospital kini dapat mematuhi SOP ketat yang digariskan oleh kerajaan dengan mudah. Ia juga membolehka­n hospital memperoleh data jejak kenalan yang tepat semasa beroperasi dengan kapasiti penuh.

Pengimbas haba kiplelive pula mempercepa­tkan proses pendaftara­n secara automatik.

Dengan pelaksanaa­n digitalisa­si, kakitangan, pegawai perubatan, pelawat dan pesakit akan menerima kod QR dan memerlukan mereka mengisi borang secara dalam talian sebelum memasuki bangunan.

Pengimbas haba kiplelive ditempatka­n di semua pintu masuk hospital dan mengimbas suhu badan dengan Ai Face Recognitio­n.

Rekod digital diperoleh dengan QR Profile Check In. Semua ini dilakukan dalam beberapa saat. Semua orang boleh meneruskan aktiviti di dalam bangunan seperti biasa.

 ??  ?? Kerjasama HCTM UKM dan kiplelive
Kerjasama HCTM UKM dan kiplelive
 ??  ?? Recognitio­n. ditempatka­n di semua pintu masuk hospital dan mengimbas suhu badan dengan Ai Face
Recognitio­n. ditempatka­n di semua pintu masuk hospital dan mengimbas suhu badan dengan Ai Face
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia