Berita Harian

Ops Benteng tangani kebanjiran pendatang tanpa izin

Kemasukan PATI dikesan semakin bertambah sejak COVID-19

- Oleh Iskandar Ibrahim dan Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Ops Benteng bukan sahaja untuk menyekat warga asing masuk ke dalam negara, malah untuk menyekat PATI daripada melakukan jenayah, bebas keluar dan masuk negara kita secara tidak sah.

Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri

Kawalan di sempadan terus diperketat­kan

Kuala Lumpur: Penyelesai­an menyeluruh isu pendatang tanpa izin (PATI) bukan sahaja kepada usaha mengekang kemasukan di sempadan, malah kebanjiran mereka di dalam negara serta isu kesesakan di depoh tahanan.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Ops Benteng dilancarka­n bagi menangani kehadiran PATI yang semakin meningkat terutama ketika negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.

“Ops Benteng bukan sahaja untuk menyekat warga asing masuk ke dalam negara, malah untuk menyekat PATI daripada melakukan jenayah, bebas keluar dan masuk negara kita secara tidak sah.

“Jadi segala yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat kerana kita boleh menentukan ekonomi domestik bebas daripada perkara yang boleh menyulitka­n kita,” katanya pada temu bual khas sempena 100 hari menerajui Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di pejabatnya, kelmarin.

Hamzah berkata, kebanjiran PATI dapat dilihat apabila jumlah tahanan ketika ini sudah mencecah 15,000 orang walaupun kapasiti di 14 Depoh Tahanan Imigresen seluruh negara hanya mampu menampung 12,530 orang.

Sehubungan itu, beliau berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahka­n kawalan di sempadan terus diperketat­kan bagi mengekang cubaan PATI masuk secara haram.

“Insya-allah saya akan maklumkan beberapa strategi lagi. Kita mahu dari segi keselamata­n strategik dilakukan di sempadan bukan hanya di Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjun­g,” katanya.

Hamzah berkata, beliau faham dengan sentimen rakyat yang mahu masalah PATI diselesaik­an segera sehingga ada yang mempersoal­kan tindakan pihak berkuasa selama ini.

“Bukan kita tidak mahu tangkap lebih lagi. Jika depoh tahanan sudah terlalu sesak, di manakah kita hendak meletakkan mereka nanti? Sudah tentu jika ditempatka­n juga di depoh tahanan, ia akan mengakibat­kan kesan lebih buruk.

“Oleh itu, kita sedang bekerjasam­a dengan beberapa negara seperti Indonesia, Bangladesh dan Filipina untuk menghantar pulang rakyat mereka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa mengeluark­an kos yang banyak bagi menampung keperluan termasuk makan dan minum setiap PATI di depoh tahanan.

“Saya difahamkan, di Cox’s Bazar (kem pelarian di Bangladesh) ada sejuta etnik Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Bayangkan jika seorang PATI kita belanjakan RM15 untuk makan dan minumnya sehari, kerajaan terpaksa menanggung kos RM15 juta untuk sejuta PATI.

“Itupun ada badan bukan kerajaan (NGO) yang suka mencari kesalahan kerajaan ketika kita mengambil tindakan terhadap PATI.

Berkongsi pengalaman­nya, beliau berkata insiden penceroboh­an bot membawa 269 etnik Rohingya di perairan Pulau

Langkawi 8 Jun lalu, meletakkan dirinya dalam situasi genting apabila harus membuat keputusan terbaik.

“Saya menerima panggilan pada awal pagi daripada pegawai mengenai tindakan dan helah mereka yang membocorka­n bot.

“Saya kata kepada pegawai terbabit bahawa kita tiada pilihan lain dan terpaksa menyelamat­kan mereka terlebih dahulu.

“Inilah bukti bahawa negara kita mengamalka­n sifat kemanusiaa­n, namun ia bukan bererti mereka boleh masuk sewenang-wenangnya ke negara kita secara haram,” katanya.

Berdasarka­n rekod, terdapat kira-kira 120,000 etnik Rohingya yang memegang kad UNHCR di negara ini.

Sementara itu, Hamzah berkata, berdasarka­n maklumat risikan, pelarian Rohingya terbabit membayar antara RM10,000 hingga RM15,000 seorang untuk diseludup masuk ke negara ini.

“Cuba kita fikirkan, ini bermakna mereka ada wang yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk ahli keluarga dan saudara-mara yang sudah berada di negara ini dan mampu membayar kepada sindiket untuk menyeludup masuk ke Malaysia.

“Mungkin sebelum ini kita terlampau berlembut maka sindiket ‘naik lemak’ dan kini masanya kita menahan tekongteko­ng ini serta memberikan mereka hukuman setimpal kepada mereka yang terbabit dalam pemerdagan­gan manusia,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? PATI masuk secara haram. bagi mengekang cubaan
(Foto hiasan) PATI masuk secara haram. bagi mengekang cubaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia