Berita Harian

Inisiatif PRIHATIN, PENJANA pastikan kelangsung­an PKS

Persatuan anggap insentif jadi pemangkin pemulihan, beralih model perniagaan baharu

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kuala Lumpur: Inisiatif yang digariskan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sangat komprehens­if dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus beroperasi meskipun dalam keadaan sukar.

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong, berkata insentif berbilion ringgit dilihat mampu menjadi pemangkin pemulihan perniagaan PKS seterusnya beralih kepada model perniagaan baharu.

“PRIHATIN dan PENJANA menjadi watak penting yang sangat komprehens­if dalam memulihkan perniagaan PKS di Malaysia jika usahawan memanfaatk­an inisiatif yang ditawarkan kerajaan dan mengubah pemikiran dengan menerapkan normal baharu dalam perniagaan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Hua Keong turut menjelaska­n, inisiatif yang diterapkan kerajaan menerusi pakej menyelamat dan memulihkan ekonomi mampu membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan pada masa akan datang.

“Kami akan membantu PKS menerusi pelbagai program khususnya perubahan ke arah pendigital­an.

“PKS masih memerlukan sokongan kewangan yang besar dari kerajaan untuk menikmati faedah seperti yang diumumkan kerajaan menerusi PENJANA.

“Program subsidi upah umpamanya memberi manfaat kepada PKS, namun syarikat yang berdepan aliran tunai tetap akan berdepan masalah berdasarka­n kedudukan kewangan mereka,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumka­n PENJANA, berkata kerajaan akan membantu setiap perniagaan, sama ada besar atau kecil yang menghadapi masalah aliran tunai termasuk membayar gaji pekerja dan sewa premis, menerusi beberapa langkah dalam usaha mendorong perusahaan mikro dan PKS beralih kepada khidmat digital atau atas talian.

Katanya, kerajaan bersama sektor swasta akan membiayai usaha berkenaan menerusi geran padanan sebanyak RM140 juta, di mana peruntukan itu akan digunakan untuk sesi latihan, subsidi penjual dan bantuan penjualan.

Inisiatif itu akan diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama platform e-dagang yang terpilih.

Bagi PKS dan syarikat pada peringkat pertengaha­n atau 'mid-tier companies', kerajaan akan meneruskan pemberian geran dan pinjaman berjumlah RM700 juta untuk membolehka­n lebih banyak syarikat melanggan atau menggunaka­n perkhidmat­an

Kang Hua Keong

digitalisa­si.

Ini termasuk, RM100 juta membabitka­n Geran Padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomuni­kasi; RM500 juta di bawah Dana Transforma­si Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah; dan RM100 juta Geran Automasi Pintar, di mana setiap syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta.

Dalam usaha membantu kelangsung­an PKS terbabit dalam sektor kepentinga­n yang disasarkan, Muhyiddin berkata, sektor perbankan akan menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui Skim Pembiayaan PKS PENJANA.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia