Berita Harian

Subsidi Upah bantu restoran terus beroperasi

-

Kuala Lumpur: Pengusaha makanan terutama mereka yang mempunyai restoran atau gerai makan adalah antara yang menerima impak ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Larangan pelanggan makan di restoran selain tidak boleh bergerak jauh dari rumah, menyebabka­n restoran makanan Chor Char Kuey Teow yang dimiliki oleh Amalia Abdul Aziz dan Mohd Shahrizan lengang dan hampir ditutup.

Amalia berkata, perniagaan­nya terjejas teruk ketika PKP fasa pertama dan kedua dengan jualan turun sehingga 70 peratus, satu kejatuhan yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka selama ini.

“Sukar berniaga pada masa itu. Pekerja tidak dapat bekerja sehinggala­h kami terpaksa memberi pelepasan kepada mereka.

“Kami faham situasi pekerja, mereka juga perlu ada sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan. Walaupun sukar tapi kami terpaksa mengambil tindakan itu,” katanya.

Amalia berkata, demi memastikan perniagaan tetap berjalan, pelbagai kaedah baharu diperkenal­kan termasuk membuat penghantar­an makanan dan menukar waktu operasi perniagaan.

Beliau berkata, ketika itu, pekerjanya terpaksa kerja lebih masa tapi pendapatan yang diterima mereka tidak setimpal dengan jualan harian.

“Hanya lepas gaji dan modal sahaja pada masa itu. Syarikat hanya membantu dan tiada apa

Terima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Moratorium kemudahan pinjaman untuk kami. 18 pekerja sepenuh masa termasuk empat secara sambilan perlu terus dipastikan tidak terjejas,” katanya.

Amalia berkata, pihaknya mengambil dana Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang diperkenal­kan bagi mengurangk­an beban kewangan majikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan itu membantu pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji.

“Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sangat membantu usahawan PKS bangkit semula untuk meneruskan perniagaan.

“Dengan bantuan ini, kami dapat mengekalka­n pekerja sedia ada dan meneruskan perniagaan.

“Sekarang jualan kami sudah mula meningkat dua kali ganda berbanding sebelum PKP. Prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan kerajaan juga menjadikan kedai lebih teratur, bersih dan pelanggan lebih selesa serta bersikap terbuka,” katanya.

Mengulas lanjut, Amalia berkata, sebagai usahawan PKS, mereka perlu kreatif menyesuaik­an perniagaan yang ada kini dan bertahan pada masa bencana besar seperti ini.

 ??  ?? Keadaan restoran Chor Char Kuey Teow yang mengamalka­n SOP ditetapkan kerajaan selepas dibenarkan beroperasi.
Keadaan restoran Chor Char Kuey Teow yang mengamalka­n SOP ditetapkan kerajaan selepas dibenarkan beroperasi.
 ??  ??
 ??  ?? Amalia mengambil pesanan pelanggan di kedainya di Kuala Kangsar, Perak.
Amalia mengambil pesanan pelanggan di kedainya di Kuala Kangsar, Perak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia