Berita Harian

Agensi pelanconga­n seperti ‘mati hidup semula’

ARBA Travel hampir lumpuh kerana tiada keuntungan jualan

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Kuala Lumpur: ‘Mati hidup semula’, itu yang boleh digambarka­n mengenai situasi yang dialami kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia yang berdepan masalah perniagaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19.

Perniagaan mereka dari Februari hingga Mei hampir lumpuh sepenuhnya. Kebanyakan­nya terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi disebabkan ketiadaan keuntungan jualan.

Namun, tindakan pantas kerajaan dalam memperkena­lkan pelbagai inisiatif melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) membuka semula ruang untuk usahawan PKS bernafas kembali.

Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Travel, Ammar Roslizar, berkata syarikatny­a yang menumpukan kepada sektor pelanconga­n sudah mula terjejas seawal Februari 2020.

Beliau berkata, COVID-19 yang melanda dunia selain pelaksanaa­n PKP memberi impak besar kepada perniagaan­nya.

“Kami pada mulanya menganggar­kan jualan ARBA pada 2020 sekitar RM100 juta hingga RM140 juta. Namun, bermula Mac 2020, jualan kami menjadi sifar kerana sempadan tidak dibuka dan pelanggan tidak berani untuk melancong walaupun domestik.

“Sejak awal Februari 2020 hingga 18 Mac 2020, kami hadir ke pejabat pada setiap hari termasuk

Terima bantuan Program Subsidi Upah Kemudahan Bantuan Khas (SRF) RM1 juta Moratorium kemudahan pinjaman hari minggu, dari pagi sehinggala­h tengah malam. Ini bagi menyelamat­kan nyawa syarikat.

“Setiap minggu, strategi terpaksa diubah berdasarka­n perkembang­an semasa COVID-19 ketika itu,” katanya.

Beliau berkata, program subsidi upah dan kemudahan bantuan khas (SRF) banyak membantu syarikatny­a termasuk 60 pekerja di bawahnya.

“Sebagai majikan, kami sedaya upaya akan mempertaha­nkan kebajikan pekerja. Subsidi upah yang dimohon kami sebanyak RM1,200 (setiap pekerja) dan SRF sebanyak RM1 juta membantu syarikat.

“Walaupun berdepan dengan kesusahan dan ekonomi negara juga jatuh, kerajaan tetap prihatin dan sentiasa mengutamak­an rakyat,” katanya.

Ammar berkata, pakej PRIHATIAN dan PENJANA hadir sebagai sebuah dasar yang sangat tepat pada masanya dengan jumlah bantuan yang menyeluruh.

Beliau berkata, tidak dapat dibayangka­n sukarnya mahu menyelamat­kan syarikat serta memastikan pekerjaan terus kekal tanpa bantuan PRIHATIN dan PENJANA.

Namun katanya, usahawan PKS tidak seharusnya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata, mereka juga perlu lebih kreatif dalam memastikan perniagaan lebih berkembang.

 ??  ?? Ammar bersama kakitangan berbincang bagi memulihkan semula syarikat yang terjejas teruk akibat pandemik.
Ammar bersama kakitangan berbincang bagi memulihkan semula syarikat yang terjejas teruk akibat pandemik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia