Berita Harian

Kelulusan segera bantuan lancarkan aliran tunai

-

Kuala Lumpur: Ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, pernah viral kisah pelanggan sanggup beratur menunggu ketibaan lori roti di kedai.

Ketika itu roti menjadi makanan yang paling dicari dan menjadi pilihan rakyat. Tetapi tidak semua pengusaha roti menjadi pilihan dan mampu meningkatk­an pendapatan.

Bagi pengusaha roti dan kek, Ziq Bakery and Cake Sdn Bhd, Suzana Mohamed Salleh, berkata pelaksanaa­n PKP membuatkan aliran tunai syarikat terganggu dan hampir buntu memikirkan mengenai perniagaan dan pekerja.

Ziq Bakery and Cake memiliki dua outlet iaitu di Gong Badak, Kuala Nerus dan Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Permintaan terhadap produknya menjunam sehingga 80 peratus dan sesetengah pelanggan akan melambatka­n pembayaran untuk tempahan yang telah diterima serta gangguan rantaian bekalan.

“Kami mempunyai 50 pekerja dan kebanyakan­nya adalah pekerja muda berkemahir­an. Bagaimana nasib mereka jika syarikat gulung tikar.

“Macam-macam perkara berlegar dalam fikiran saya. Pekerja adalah tanggungja­wab saya sebagai majikan. Perniagaan perlu diselamatk­an walau apa yang terjadi.

“Apabila Perdana Menteri umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), hati saya jadi lega. Ini adalah penyelamat kami,” katanya.

Suzana berkata, pihaknya terus menghantar permohonan program subsidi upah kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi setiap pekerja dan ia diluluskan dalam kadar yang segera.

Beliau berkata, selain itu, syarikat juga menggunaka­n pendekatan

Terima bantuan Program Subsidi Upah Moratorium kemudahan pinjaman perundinga­n budi bicara antara pekerja, dan ia mampu menyelesai­kan perkara itu.

Pakej PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), katanya adalah bukti kepemimpin­an kerajaan memahami denyut nadi usahawan kecil dan ia ibarat ‘nyawa kedua’ kepada syarikat.

“Peruntukan itu banyak membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti kami untuk mengekalka­n operasi perniagaan, melindungi kebanyakan pekerjaan dan seterusnya menggalakk­an pelaburan domestik.

“Melalui pelbagai inisiatif yang dibentangk­an, ternyata kerajaan amat mengiktira­f syarikat PKS seperti kami sebagai antara tunjang utama ekonomi negara,” katanya.

Suzana berkata, selepas kerajaan membenarka­n perniagaan kembali beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP), pada awalnya ia sangat mencabar lebih-lebih lagi kilang atau ruang pembuatan rotinya tidak direka untuk penjarakan sosial.

Namun syarikat perlu berubah katanya, pantas menyesuaik­an diri dan menukar cara bekerja.

“Perniagaan tidak lagi sama seperti dulu. Syarikat perlu mengubah suai pelan perniagaan yang biasa. Kami juga mendengar dengan teliti kepada perubahan permintaan persekitar­an dan saranan kerajaan mengenai apa yang kami perlukan serta mencari jalan untuk menyelesai­kan segala isu berbangkit.

“Pada kami, inilah masanya untuk kami corakkan kembali model perniagaan dan meletakkan nilai yang lebih tinggi untuk produk dan perkhidmat­an, bagi mengekalka­n kedudukan syarikat di dalam pasaran.

“Siapa yang cepat berubah, dia yang akan cepat bercambah. Syarikat juga sentiasa berhubung semula dengan pembeli dengan kaedah yang lebih selamat dan menyusun semula tenaga kerja untuk pengeluara­n semula,” katanya.

Suzana di hadapan kedainya,

 ??  ?? Kuala Nerus.
Ziq Bakery and Cake Sdn Bhd di Gong Badak,
Kuala Nerus. Ziq Bakery and Cake Sdn Bhd di Gong Badak,
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia