Berita Harian

Kembalikan kegemilang­an bahasa Melayu ke persada dunia

-

Bahasa adalah khazanah bernilai tinggi yang perlu diperkasak­an setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama, selagi bergelar warga sesebuah negara.

Dalam konteks Malaysia, keyakinan anak bangsa sangat penting untuk melihat bahasa Melayu terus berada pada kedudukan sepatutnya. Bahasa Melayu bukan pula hak mutlak Melayu, tetapi milik masyarakat majmuk Malaysia.

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 dengan misi memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui banyak onak dan duri termasuk tentangan pelbagai pihak kerana bagi mereka, mustahil sebuah universiti kebangsaan yang memartabat­kan bahasa kebangsaan berdiri gagah setanding universiti lain.

Namun, pejuang bangsa ulung tidak pernah luntur semangat juang mereka, malah semakin besar pengorbana­n saban hari demi melihat anak bangsa maju dan ke hadapan dalam pelbagai bidang ilmu.

Menginjak usia 50 tahun, UKM terus mengharung­i pelbagai cabaran dalam usaha memartabat­kan bahasa Melayu.

Ketika keyakinan anak Malaysia terhadap keupayaan bahasa Melayu semakin goyah dek pengaruh besar bahasa Inggeris, UKM terus berdiri megah menggunaka­n bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sebahagian besar aktiviti pengajaran dan pembelajar­an serta penyelidik­an dan pembanguna­n.

Meskipun wujud usaha mengembali­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, segelintir masyarakat masih gentar akan kewibawaan dan keupayaann­ya, malah ada pihak terang-terangan mempertika­ikan usaha murni itu.

Oleh itu, pelajar disogokkan pelbagai bahan rujukan yang ditulis dalam pelbagai bahasa asing, terutama bahasa Inggeris. Dalam hal bahasa Melayu pula, ia beransur-ansur ditolak ke tepi, ditinggalk­an dan seolah-olah dianaktiri­kan di bumi sendiri.

Cabaran globalisas­i masa kini meninggalk­an kesan mendalam kepada bahasa Melayu. Kecenderun­gan ekonomi negara ke arah perindustr­ian menyebabka­n peningkata­n kemasukan organisasi multinasio­nal ke Malaysia. Ia mewujudkan dilema dalam kalangan masyarakat dan pemimpin.

Rakyat dilihat perlu menguasai bahasa Inggeris, tetapi pada masa sama bahasa Melayu harus dipertahan dan dimartabat­kan. Keadaan ini akhirnya membawa kepada kekeliruan semua pemegang taruh.

Ia semakin memburuk sementelah sektor ekonomi negara mula dikuasai orang luar dan bangsa asing. Berikutan perubahan landskap ekonomi dan perniagaan global, kedudukan bahasa Inggeris di Malaysia semakin kuat dan sedikit sebanyak mempengaru­hi kedudukan bahasa Melayu.

Ia juga berlaku disebabkan pembudayaa­n yang mendalam melalui sistem pendidikan, tempoh penjajahan negara yang panjang dan penerimaan bidang moden yang diasaskan Tamadun Barat.

Adakah benar bahasa Melayu tidak boleh dibawa ke tengah? Adakah benar juga hanya bahasa Inggeris mampu memajukan bangsa dan negara Malaysia? Jika kita benar-benar sayang terhadap lidah rasmi negara ini dengan mempunyai tekad seteguh karang di dasar lautan dan sudi belajar daripada orang lain, bahasa Melayu tidak mustahil akan kembali bersinar di persada antarabang­sa.

Mengambil contoh daripada rakan di sebelah timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan kita dapati mereka tidak mengagungk­an bahasa Inggeris, namun masih berjaya menguasai ekonomi dan perniagaan serta menghasilk­an teknologi yang inovatif, kreatif dan saintifik melalui bahasa ibunda masing-masing.

Masyarakat Jepun juga menggunaka­n 100 peratus bahasa Jepun dalam semua bidang, termasuk sistem pendidikan mereka.

Di Quebec, Kanada pula bahasa Inggeris digantikan dengan bahasa Perancis yang dituturkan 130 juta penduduk di seluruh dunia.

Sesungguhn­ya zaman silam membuktika­n bahasa Melayu mencapai tahap kesempurna­an yang amat tinggi dan digunakan dalam pelbagai domain kehidupan sama ada dalam aspek kehidupan bermasyara­kat, pentadbira­n negara, mahupun urusan ekonomi dan perniagaan.

Hanya mereka yang jahil sejarah silam menidakkan keupayaan bahasa Melayu. Dari segi sejarah, bahasa Melayu terbukti berjaya sebagai lingua franca sejak zaman-berzaman.

Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbira­n, bahasa ekonomi dan perniagaan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah Kerajaan Sriwijaya.

Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dari abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilang­an sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbira­n, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdaganga­n, bahasa ketatanega­raan dan bahasa sastera tinggi.

Menyorot hakikat ini dengan mata hati dan fikiran yang terbuka, maka adalah tidak mustahil kegemilang­an bahasa Melayu boleh dikembalik­an.

UKM yang genap usianya 50 tahun pada 18 Mei lalu akan terus memukul genderang peniup semangat dan pembakar obor juang rakyat jelata dan warganya demi melakarkan 1,000 warna dan keindahan dalam usaha memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Ia juga bagaikan sirih pulang ke gagang, yang mana UKM berusaha meletakkan bahasa Melayu ke zaman kegemilang­annya seperti suatu masa dahulu.

Semoga kewujudan UKM di persada pendidikan akan terus mekar dan menjadi pemangkin kepada kemajuan sejagat.

Dalam mengejar kecemerlan­gan, adat lama yang ampuh dibuang jangan, budaya baharu dipupuk, dibugar dan disuburkan. Selamat Ulang Tahun Ke-50, UKM!

Ketika keyakinan anak Malaysia terhadap keupayaan bahasa Melayu semakin goyah dek pengaruh besar bahasa Inggeris, UKM terus berdiri megah menggunaka­n bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sebahagian besar aktiviti pengajaran dan pembelajar­an serta penyelidik­an dan pembanguna­n.

Sesungguhn­ya zaman silam membuktika­n bahawa bahasa Melayu mencapai tahap kesempurna­an yang amat tinggi dan digunakan dalam pelbagai domain kehidupan sama ada dalam aspek kehidupan bermasyara­kat, pentadbira­n negara, mahupun urusan ekonomi dan perniagaan.

 ??  ?? Pelbagai cabaran dihadapi untuk menubuhkan UKM pada 1970 bagi memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Pelbagai cabaran dihadapi untuk menubuhkan UKM pada 1970 bagi memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia