Berita Harian

Jangan korbankan khazanah laut

-

Seperti diumumkan, pada 10 Jun lalu adalah permulaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Malaysia dalam usaha berterusan mencapai matlamat memutuskan rantaian COVID-19 di seluruh negara.

Dengan berakhirny­a Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka pengusaha industri pelanconga­n tempatan diberi kelonggara­n tambahan berbanding sebelum ini bagi memacu kembali ekonomi negara yang terkesan akibat penularan pandemik.

Meskipun pelancong asing masih tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, dijangka berlaku kebanjiran pelancong tempatan di lokasi pelanconga­n tempatan, termasuk pesisiran pantai dan laut.

Dalam kesungguha­n kita memerangi pandemik, secara sedar atau tidak, terdapat dua sambutan penting pada dua hari terakhir PKPB di Malaysia iaitu Hari Lautan Sedunia dan Hari Segi Tiga Terumbu Karang, masing-masing pada 8 dan 9 Jun lalu.

Sebenarnya, banyak negara mula menyambut hari istimewa ini sejak 1992 berikutan Persidanga­n Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembanguna­n yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil.

Pada 2008, Perhimpuna­n Agung PBB memutuskan 8 Jun 2009 ditetapkan Hari Lautan Sedunia.

Hari Segi Tiga Terumbu Karang pula perayaan besar khasnya buat komuniti zon segi tiga terumbu karang yang menjadi pusat kepelbagai­an biologi laut dunia.

Ia merangkumi lautan enam negara di wilayah Asia Pasifik iaitu Indonesia, Papua New Guinea, Filipina, Kepulauan Solomon, Timor Leste dan Malaysia yang juga salah satu negara mega diversiti dunia.

Mungkin ada tertanya-tanya apakah peranan yang boleh dimainkan setiap individu untuk merayakan dan menjayakan kedua-dua sambutan tahunan itu?

Kita mempunyai kesempatan untuk meningkatk­an kesedaran global mengenai manfaat diperoleh manusia daripada lautan melalui pelbagai aktiviti. Ia tidak terhad kepada membersihk­an pantai, makan malam dan pameran makanan laut yang mampan, bazar serta pesta pantai.

Sebaliknya, semua aktiviti yang membawa pesanan pemulihara­an lautan di bawah panji perairan bersama, penyelesai­an bersama serta peranan perseorang­an dan kolektif untuk menggunaka­n sumber lautan secara lestari, seterusnya melindungi dan memulihara segi tiga terumbu karang.

Tidak dinafikan generasi masa hadapan juga akan bergantung kepada lautan untuk mencari rezeki, termasuk mendapatka­n sumber makanan serta pendapatan melalui industri pelanconga­n.

Lautan kita adalah masa depan kita. Melalui tema Hari Lautan Sedunia 2020 iaitu ‘Inovasi Untuk Kelestaria­n Lautan’ dan tema Hari Segi Tiga Terumbu Karang, ‘Sayangi Terumbu Karang’ marilah kita bersama menggerakk­an usaha meningkatk­an kesedaran setiap individu pentingnya lautan dalam kehidupan manusia.

Semoga pengusaha industri pelanconga­n tempatan yang mendapat lebih kelonggara­n ketika fasa PKPP ini dapat menghayati matlamat sambutan Hari Lautan Sedunia 2020 dan Hari Segi Tiga Terumbu Karang 2020, dengan memastikan langkah sewajarnya diambil serta memantau pengunjung kawasan peranginan di sekitar ekosistem lautan tempatan agar menjaga kebersihan serta kelestaria­n alam sekitar.

Mengambil kira sambutan Hari Lautan Sedunia, Hari Segi Tiga Terumbu Karang serta Internatio­nal Day for Biological Diversity (IDB) yang disambut lebih awal pada 22 Mei lalu, Pusat Penyelidik­an Pemulihara­an dan Penggunaan Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR-SUNR), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurk­an Internatio­nal Conference on Biodiversi­ty (ICB2020).

Persidanga­n secara maya ini akan menghimpun­kan hasil penyelidik­an dari dalam dan luar negara atas tujuan mempromosi­kan hasil kajian berkaitan dengan biodiversi­ti.

Orang ramai yang berminat turut serta boleh melayari laman sesawang https://icbuthm202­0.wixsite.com/icb2020 untuk maklumat lanjut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia