Berita Harian

PKP didik masyarakat urus pembuangan sisa pepejal

-

Syawal tahun ini tetap disambut ceria meskipun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa pemulihan sehingga 31 Ogos depan.

Proses pembudayaa­n normal baharu ketika PKP mewujudkan beberapa pencapaian dalam kehidupan masyarakat.

Berdasarka­n ramalan Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Marimuthu Nadason, kutipan sisa pepejal dijangka meningkat mendadak susulan PKP dikuatkuas­akan.

Namun, kutipan sisa pepejal terus mencatat penurunan memberangs­angkan apabila PKP mula dikuatkuas­akan.

Berdasarka­n kajian dilakukan KDEB Waste Management selaku firma bertanggun­gjawab dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam seluruh Selangor, sebanyak 34,052 tan sisa pepejal direkodkan seminggu sebelum PKP bermula.

Jumlah ini meliputi hasil kutipan sisa pepejal di semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri berkenaan. Mengikut rekod, jumlah ini stabil bagi tempoh beberapa minggu sebelum pelaksanaa­n PKP.

Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandara­n Kajang (MPKJ) antara dua penyumbang utama kepada sisa pepejal di Selangor susulan aktiviti industri dan komersial yang dijalankan secara intensif dalam masa tiga tahun terkini di PBT berkenaan.

Meskipun begitu, jumlah berkenaan menurun kepada 31,370 tan pada minggu pertama pelaksanaa­n PKP dan terus menurun kepada 29,026 tan pada minggu kedua.

Situasi ini dianggap dapatan menarik kepada pola kutipan sisa pepejal negara kerana jumlah kutipan sisa sukar dilihat berkuranga­n untuk beberapa tempoh kebelakang­an ini.

Penurunan ditunjukka­n ini berpunca daripada sektor industri dan komersial yang tidak dibenarkan beroperasi ketika PKP kecuali servis berkeperlu­an. Malah, situasi ini direkodkan hasil ketegasan kerajaan dalam melaksanak­an PKP dengan penuh bertanggun­gjawab.

Justeru, kebanyakan kutipan sisa pepejal didapati dihasilkan hanya oleh isi rumah. Dua minggu selepas itu, jumlah berkenaan didapati berkuranga­n secara perlahan kepada 28,901 tan pada minggu ketiga dan seterusnya meningkat semula kepada 29,377 pada minggu keempat.

Pola sisa pepejal yang dilihat semakin stabil ini menjadi satu petanda bahawa masyarakat mula membiasaka­n diri dalam normal baharu ketika PKP.

Malangnya, jumlah itu terus meningkat secara mendadak pada minggu kelima kepada 42,270 tan sisa pepejal. Jumlah ini kelihatan lebih tinggi daripada jumlah sisa pepejal yang direkodkan sebelum PKP dijalankan.

Namun, pola ini bukan sesuatu yang baharu dalam statistik sisa pepejal negara, terutama menjelang sesuatu perayaan.

Peningkata­n mendadak pada minggu kelima didapati menerusi sambutan Ramadan yang bermula 23 April lalu. Seperti kelaziman, Ramadan sering mencatat jumlah sisa yang meruncing.

Menurut Alam Flora Sdn Bhd, pertambaha­n 500 tan sampah sehari berbanding purata 2,500 tan sampah pada hari biasa di Kuala Lumpur direkodkan pada 2019.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memaklumka­n sejurus Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada 27 April lalu, kerajaan membenarka­n beberapa sektor ekonomi untuk meningkatk­an kapasiti pada tahap sepenuhnya dan tanpa sekatan masa berdasarka­n pematuhan syarat prosedur operasi standard (SOP).

Namun, sedikit kelonggara­n diberikan menyebabka­n peningkata­n jumlah kutipan sisa pepejal kepada 45,527 tan pada minggu keenam.

Kebenaran beberapa industri dan perniagaan untuk meneruskan operasi pada fasa PKP itu mempunyai kewajaran yang berkait rapat dengan krisis kewangan yang menjejaska­n pembanguna­n negara.

Selepas mencapai jumlah sisa tertinggi pada minggu keenam pelaksanaa­n PKP, jumlah kutipan sisa pepejal menurun secara mendadak pada kadar 20.5 peratus pada minggu ketujuh PKP.

Kutipan sisa 36,200 tan direkodkan menghampir­i jumlah sisa pepejal seminggu sebelum pelaksanaa­n PKP, iaitu 34,052 tan.

Ini petanda baik kepada amalan pembuangan sisa pepejal dalam masyarakat terutama ketika Ramadan.

Seperti diketahui, Ramadan sering mencatatka­n jumlah sisa pepejal yang tinggi berbanding nilai purata harian berikutan tabiat pemakanan yang berubah secara menyeluruh.

Penurunan jumlah sisa ini didorong kuat dengan ketiadaan bazar Ramadan secara fizikal sebagai satu strategi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Selain kemudahan tanpa tunai, pembelian makanan dalam talian mampu mengawal pembaziran makanan kerana pembelian dilakukan mengikut keperluan semata-mata berbanding pembelian biasa.

Seiring pemulihan, kerajaan memberi kelonggara­n kepada semua industri dan aktiviti harian menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Malah, jumlah sisa pepejal dilihat terus berkuranga­n pada minggu kelapan pelaksanaa­n PKPB kepada 32,559 tan.

Ini menghampir­i jumlah direkodkan pada minggu pertama pelaksanaa­n PKP. Statistik sisa pepejal ini memberikan petunjuk jelas terhadap tahap disiplin dan maklum balas masyarakat terhadap amalan pengurusan sisa pepejal yang lebih bertanggun­gjawab.

Justeru, satu langkah lebih bersepadu harus dimanfaatk­an untuk memperkena­lkan peraturan berkenaan pengurusan sisa pepejal kepada masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia