Berita Harian

Contohi semangat lawan COVID-19 atasi korban jalan raya

- Tan Sri Lee Lam Thye Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat

Selepas berjaya meratakan keluk COVID-19 dan mengurangk­an jumlah kematian, menjadi tanggungja­wab rakyat Malaysia untuk mencegah kehilangan nyawa melalui sebab lain.

Atas usaha bersama kerajaan dan rakyat, kita dapat menyaksika­n trend penurunan jangkitan COVID-19 sehingga mencapai satu angka baru-baru ini. Sepanjang keseluruha­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kematian akibat COVID-19 adalah 121 orang.

Namun, angka korban akibat kemalangan jalan raya antara 18 Mac hingga 9 Jun (hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), merekodkan 507 kematian daripada 50,531 nahas jalan raya seperti didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kematian ini dapat dicegah jika pemandu dan pengguna jalan raya lebih berhati-hati, bertimbang rasa dan patuh undang-undang.

Jangan sampai kita berada pada situasi seperti ‘lepas daripada mulut buaya, masuk mulut harimau’.

Setakat ini rakyat Malaysia bukan sekadar melakukan yang terbaik dalam pencegahan penyebaran COVID-19, tetapi juga mencegah lebih banyak kematian.

Namun, lebih tragis jika rakyat Malaysia berakhir dengan kematian di jalan raya selepas mengelak korban akibat wabak.

Dengan pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan keputusan kerajaan menarik balik sekatan rentas sempadan, polis menjangkak­an jumlah lalu lintas lebih tinggi di lebuh raya dan jalan utama seluruh negara.

Ini mungkin mengundang peningkata­n jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya. Puncanya, ramai keluarga balik kampung menziarahi ibu bapa atau bergerak untuk tujuan lain.

Selain kehilangan nyawa, kecacatan kekal atau kesedihan akibat kemalangan ini, akan berlaku juga impak negatif kepada hospital dan perkhidmat­an kebajikan.

Saya menggesa semua rakyat Malaysia yang menggunaka­n lebuh raya dan jalan raya utama supaya mempertimb­angkan perkara berikut demi keselamata­n dan kesihatan mereka dan orang yang tersayang.

Pertama, mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) disediakan di bawah PKPP ketika pulang ke kampung atau perjalanan lain.

Kedua, berhati-hati ketika memandu untuk mengelak kemalangan dan kematian dan ketiga, buat penunggang motosikal dinasihatk­an selalu mematuhi peraturan.

Jangan melanggar peraturan lampu isyarat atau bergerak melawan lalu lintas. Ini termasuk kumpulan penghantar makanan makanan.

Polis trafik mesti menguatkua­sakan peraturan jalan raya dengan ketat dan adil. Jika ada kes memandu laju dan melulu, ia harus dilaporkan.

Kereta dan motosikal juga mesti mengamalka­n penjarakan antara kenderaan dengan selamat ketika di lebuh raya dan jalan utama.

Selepas mencegah lebih banyak kematian akibat COVID-19, kita sekarang harus memastikan sama pentingnya juga untuk mencegah lebih banyak kematian di jalan raya. Lebih baik selamat daripada meminta maaf.

Marilah kita semua berusaha untuk tidak hanya mencegah kematian COVID, tetapi juga kehilangan nyawa di jalan raya.

Kita semua harus menerapkan budaya keselamata­n. Kehilangan satu nyawa amatlah banyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia