Berita Harian

Jaga kerahsiaan maklumat pelanggan

- Wan Hanif Wan Hamid Kuantan, Pahang

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lalu memperliha­tkan lebih banyak sektor ekonomi diberi kelonggara­n beroperasi hampir sepenuhnya bagi menggiatka­n semula ekonomi negara.

Bagaimanap­un, kawalan ketat dan arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mesti sentiasa diamalkan. Kebanyakan rakyat mematuhi normal baharu dalam rutin seharian.

Kompleks beli-belah, premis perniagaan, kedai makan dan warung di luar bandar turut mematuhi panduan dengan mengambil suhu badan pengunjung, merekodkan nama dan nombor telefon serta menyediaka­n cecair pembasmi kuman.

Kerajaan optimis dalam menghadapi normal baharu apabila aplikasi Mysejahter­a dibangunka­n untuk memantau penularan wabak COVID-19 dalam negara, dengan membolehka­n pengguna melaksanak­an penilaian kesihatan kendiri.

Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga boleh mendapatka­n maklumat awal jika ada pengguna dijangkiti COVID-19 melalui aplikasi ini.

Bagi meningkatk­an keberkesan­an aplikasi ini, fungsi Mysejahter­a Check-in ditambah bagi tujuan merekod maklumat pengunjung premis. Ia membolehka­n status risiko jangkitan COVID-19 pengunjung dikenal pasti lebih cepat dan berkesan, sebelum dibenar memasuki premis.

Walaupun kebanyakan premis menggunaka­n imbasan kod QR sama ada melalui Mysejahter­a, aplikasi inisiatif kerajaan negeri mahupun premis sendiri, masih terdapat pengambila­n data pengunjung secara manual dengan menulis sendiri maklumat pada buku rekod.

Tujuannya sama, iaitu merekodkan kehadiran pengunjung agar mudah dihubungi bagi tujuan saringan jika terdapat penularan COVID-19 di kawasan terbabit.

Oleh itu, menjadi tanggungja­wab pemilik premis menjaga privasi dan maklumat peribadi pengunjung seperti nama dan nombor telefon tanpa mendedahka­nnya kepada umum.

Jika ada maklumat pengunjung didedahkan bagi tujuan komersial dan kepentinga­n peribadi tanpa izin pemiliknya, pihak tidak bertanggun­gjawab itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010 yang digubal bagi melindungi maklumat peribadi pengguna daripada disalah guna pihak ketiga.

Hal ini perlu diambil serius demi menjamin kesejahter­aan semua pihak.

Bermula 24 Jun ini, sekolah pula dibuka secara berperingk­at dengan hanya membenarka­n pelajar kelas peperiksaa­n awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaa­n antarabang­sa untuk hadir seperti diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, selepas mengambil kira nasihat KKM dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Terbaharu, kerajaan turut membenarka­n prasekolah dan TADIKA beroperasi 1 Julai ini dengan pematuhan SOP ditetapkan.

Sungguh pun begitu, rakyat belum boleh menarik nafas lega selagi Malaysia belum bebas sepenuhnya daripada COVID-19.

Setiap individu bertanggun­gjawab menjaga keselamata­n diri dan perlu sentiasa berwaspada terhadap risiko jangkitan di kawasan persekitar­an.

Jaga kebersihan, teruskan berdisipli­n dan kita pasti menang.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pelanggan menulis maklumat diri sebelum masuk ke kedai makan.
(Foto hiasan) Pelanggan menulis maklumat diri sebelum masuk ke kedai makan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia