Berita Harian

‘Kita tak bayar pampasan’

Keputusan tangguh projek mega dipersetuj­ui Malaysia, Singapura

-

Kuala Lumpur: Malaysia tidak akan membayar pampasan kepada Singapura berikutan penangguha­n Projek Rel Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (HSR) kerana keputusan itu dipersetuj­ui secara bersama.

Menteri Kanan (Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengetuai Malaysia dalam perbincang­an HSR dengan Singapura, berkata pasukan dari kedua-dua negara akan bermesyuar­at selepas hari raya, untuk berdialog lebih lanjut mengenai aspek teknikal projek mega itu.

“Pada prinsipnya, kami bersetuju bahawa projek ini memberi manfaat kepada kedua-dua negara, tetapi kami perlu membincang­kan lagi mengenai hal teknikal yang membabitka­n projek itu,

“Oleh itu, kami memerlukan lebih banyak masa. Jika kami boleh memuktamad­kan keseluruha­n langkah dalam tempoh tiga hingga empat bulan, sudah tentu kami akan bertemu sekali lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Kecemerlan­gan MITI 2019 di sini semalam.

Pada 31 Mei lalu, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menangguhk­an pembinaan projek dua hala bernilai RM110 billion itu sehingga 31 Disember 2020.

Projek sepanjang 350 kilometer itu ditangguhk­an sejak September 2018 dan akan disambung semula pada akhir Mei 2020.

Ini kali kedua projek HSR ditunda sehingga menyebabka­n Malaysia terpaksa membayar S$15 juta kepada Singapura untuk menampung kos penundaan projek berkenaan.

“Mandat yang diberikan kepada kami apabila kami menangguhk­an projek pada 2018 hingga 2020 bagi melihat semula kos projek itu, yang merangkumi penjajaran dan reka bentuk baharu.

“Alhamdulil­lah, kami berjaya mengurangk­an kos HSR dengan ketara tetapi sekarang, kami bersetuju untuk meneruskan projek (diteruskan selepas ditangguhk­an pada kali pertama),” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi membayar sebarang kos tambahan yang timbul daripada penangguha­n kali kedua, Azmin berkata: “Untuk peruntukan itu, kami perlu berbincang lagi.

“Persoalan untuk pembiayaan projek ini akan dibincangk­an memandangk­an keupayaan fiskal negara sekarang ini terhad,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohamed Azmin menyampaik­an sijil Anugerah Khidmat Cemerlang kepada Wan Wadrina Wan Abdul Wahab pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang MITI 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohamed Azmin menyampaik­an sijil Anugerah Khidmat Cemerlang kepada Wan Wadrina Wan Abdul Wahab pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang MITI 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia