Berita Harian

ROS tak pernah terima permohonan Azmin tubuh parti baharu

-

Putrajaya: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak pernah menerima permohonan daripada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menubuhkan parti baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Mohamed Azmin juga tidak pernah bertemu dengannya, memaklumka­n berhubung penubuhan parti terbabit.

“Daripada mana anda mendapat maklumat ini. Sekadar khabar angin. Jadi, jangan dengar khabar angin.

“(Mohamed) Azmin pun tidak pernah memaklumka­n pada saya kata nak daftar parti. ROS ada terima banyak permohonan nak buka parti baharu, tetapi tiada (permohonan) dari Azmin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temu bual sempena 100 hari menerajui Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di sini.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri itu bakal menubuhkan parti baharu yang dikenali Parti Keadilan Negara bersama pemimpin lain yang keluar daripada PKR.

Bagaimanap­un, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, yang turut dikaitkan dengan penubuhan parti itu, menafikan pembabitan­nya dan mendakwa hanya mengetahui mengenai parti terbabit selepas seorang pegawainya menunjukka­n ciapan di Twitter, memaparkan gambar carta organisasi parti berkenaan.

Mengulas mengenai pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Hamzah yang juga Setiausaha Agung parti itu berkata, pihaknya kini sedang menunggu kebenaran ROS untuk memulakan semula baki mesyuarat bahagian yang tertangguh, susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Azmin pun tidak pernah memaklumka­n pada saya kata nak daftar parti. ROS ada terima banyak permohonan nak buka parti baharu, tetapi tiada (permohonan) dari Azmin.

Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia