Berita Harian

TNB wajar tetap kadar rata bil tiga bulan

-

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) wajar menetapkan kadar rata bagi bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pensyarah di Jabatan Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ishak Aris, berkata ini disebabkan majoriti pelanggan menggunaka­n tenaga elektrik melebihi 600 kilowatt jam (kwj) sepanjang tempoh itu.

Katanya, walaupun TNB menawarkan empat kadar diskaun kepada pelanggann­ya, iaitu bergantung kepada penggunaan elektrik, kebanyakan pengguna tidak dapat menikmati kadar diskaun itu.

Beliau berkata, majoriti pengguna hanya menikmati kadar diskaun dua peratus pada bil elektrik kerana jumlah caj dikenakan berjumlah melebihi RM231.90.

“TNB perlu sedar sepanjang tempoh PKP, semua orang dipaksa oleh kerajaan untuk duduk di rumah. Apabila semua orang berada di rumah, sudah tentu penggunaan elektrik menjadi tinggi.

“Kita boleh cadangkan kepada TNB untuk mengenakan kadar rata bil elektrik bagi sepanjang tiga bulan PKP dilaksanak­an.

“Mungkin TNB boleh tentukan kadar rata yang hendak ditetapkan. Ini antara kaedah ‘menang-menang’ yang boleh ditawarkan TNB kepada pengguna,” katanya.

TNB dilaporkan sedang mengkaji semula mekanisme bagi menangani aduan orang ramai mengenai caj bil elektrik tinggi semasa tempoh PKP yang bermula 18 Mac sehingga 3 Mei lalu.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata beliau dan seluruh pengurusan TNB serta Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Suruhanjay­a Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisme untuk menangani rungutan pengguna.

Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli dijangka mengumumka­n mekanisme baharu itu Jumaat ini.

TNB menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pelanggan domestik yang merekodkan bil berjumlah RM43.60 ke bawah atau penggunaan elektrik sehingga 200kwj, diikuti diskaun 25 peratus bagi bil RM43.70 sehingga RM77 (201kwj-300kwj).

Diskaun 15 peratus diberikan bagi setiap bil berjumlah RM77.10 hingga RM231.80 atau penggunaan antara 301-600kwj.

Ishak berkata, walaupun TNB menawarkan bayaran bil elektrik secara ansuran untuk bil penggunaan ketika PKP, ia tetap membebanka­n pengguna kerana kadar dikenakan agak tinggi apabila dikira mengikut jumlah penggunaan elektrik.

Katanya, TNB juga tidak wajar mengalihka­n kerugian yang dialaminya, berikutan kurang mendapat hasil daripada pihak industri yang terpaksa menutup atau menghentik­an operasi mereka sepanjang tempoh PKP.

“Rakyat pula bukan sengaja hendak menggunaka­n elektrik secara berlebihan atau melampau ketika PKP, sebaliknya mereka tiada pilihan, melainkan kerana perlu duduk di rumah.

“Pertimbang­an ini harus diambil kira TNB, kementeria­n dan kerajaan kerana bebanan yang ditanggung rakyat ini kerana mematuhi perintah PKP,” katanya.

Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyatakan penggunaan elektrik domestik meningkat antara 25 hingga 40 peratus sepanjang pelaksanaa­n PKP menyebabka­n bacaan bil akan masuk dalam tarif blok kedua atau ketiga.

Presidenny­a, Datuk N Marimuthu, berkata TNB patut memperkena­l blok tarif khas kepada semua pengguna domestik dan komersial diperkenal­kan untuk Mac, April dan Mei iaitu dengan meningkatk­an blok tarif pertama kepada 300kwh bagi setiap satu bulan.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatk­an pengguna menjimatka­n penggunaan elektrik dan terus menikmati diskaun bil tenaga elektrik.

Mungkin TNB boleh tentukan kadar rata yang hendak ditetapkan. Ini antara kaedah ‘menang-menang’ yang boleh ditawarkan TNB kepada pengguna.

Ishak Aris, Pensyarah di Jabatan Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejurutera­an UPM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia