Berita Harian

UMNO sedia jika PRU-15 lebih awal

Parti sokong keputusan PM: Zahid

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: UMNO tidak berdepan masalah sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal berbanding sepatutnya.

Presidenny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagaimanap­un ia terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan UMNO sentiasa menyokong apa sahaja keputusan dibuat mengenainy­a.

Beliau bagaimanap­un yakin Perdana Menteri tahu apa yang terbaik sama ada untuk mengadakan PRU-15 segera atau menunggu sehingga hujung penggal.

“UMNO sentiasa bersedia (sama ada PRU-15) diadakan awal atau tidak, tetapi kita serahkan kepada PM (Perdana Menteri) untuk membuat keputusan,” katanya menjawab soalan wartawan di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini, seperti dilaporkan UMNO Online, semalam.

Ahad lalu, Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim, menjangkak­an PRU-15 diadakan lebih awal berbanding tempoh sepatutnya.

Justeru, beliau berpendapa­t sudah tiba masanya untuk parti, pemimpin politik, bakal calon, wakil rakyat semasa dan sesiapa sahaja yang terbabit mengukur situasi politik dalam konteks masing-masing.

Mengulas persediaan parti khususnya dalam soal pembahagia­n kerusi, Ahmad Zahid bagaimanap­un berkata, sekarang terlalu awal untuk bercakap mengenainy­a.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata PRU seharusnya menjadi pilihan terakhir memandangk­an situasi rakyat kini susah dan makin resah dengan bebanan sara hidup, serta ramai mula kehilangan punca pendapatan lantaran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, prasyarat terpenting untuk memulih dan menjana kembali ekonomi negara termasuk mengembali­kan keyakinan serta kepercayaa­n pelabur dalam dan luar negara adalah melalui kestabilan politik.

“Jika negara berterusan dalam keadaan tidak menentu akibat kerajaan yang tidak stabil lantaran ‘tawar-menawar’ dan ‘jual-beli’ Ahli Parlimen masih berterusan, maka PRU adalah jalan terakhir untuk diserahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya dalam catatan dalam media sosialnya semalam.

Mengulas lanjut, katanya pihaknya akan mula menggerakk­an jentera pilihan raya seluruh negara sebagai persediaan jika PRU terpaksa diadakan, memandangk­an kedudukan kerajaan hari ini berterusan diasak pembangkan­g.

UMNO sentiasa bersedia (sama ada PRU-15) diadakan awal atau tidak, tetapi kita serahkan kepada PM (Perdana Menteri) untuk membuat keputusan.

Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia