Berita Harian

IKBN Pekan jadi pusat penamaan calon PRK DUN Chini

-

Kuala Lumpur: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan di Pahang ditetapkan sebagai pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun, berkata proses itu berlangsun­g antara jam 9 hingga 10 pagi untuk calon, pencadang atau penyokong mengemukak­an kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

“Bagi memudahkan proses, bakal calon yang ingin bertanding diminta mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang sebelum hari penamaan calon.

“Bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit dalam talian lebih awal dan perlu membawa resit pembayaran pada hari penamaan calon sebagai bukti, demi memastikan kelancaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi calon mewakili parti politik, beliau berkata, surat kebenaran untuk menggunaka­n simbol parti diwakili perlu dikemukaka­n ketika menyerahka­n kertas penamaan calon.

Selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa sekarang, Azhar meminta semua calon dan parti politik sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan dikeluarka­n SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementeria­n Kesihatan

Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selaras PKPP juga, hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, manakala aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari berkenaan,” katanya.

PRK Chini yang akan berlangsun­g 4 Julai ini diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memaklumka­n parti itu tidak akan meletakkan calon pada PRK berkenaan, untuk memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada Mei lalu, BN mengumumka­n akan meletakkan calon bagi mempertaha­nkan kerusi DUN Chini, manakala PAS akan membantu melalui kerjasama Muafakat Nasional.

PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH) juga menyatakan tidak meletakkan calon berikutan kebimbanga­n terhadap aspek keselamata­n pengundi susulan penularan COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia