Berita Harian

PH tangguh umum calon PM

-

Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) terpaksa menangguhk­an pengumuman calon Perdana Menteri daripada gabungan itu, walaupun persetujua­n mengenainy­a sudah dicapai.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penangguha­n juga dibuat kerana perkara itu perlu dirujuk terlebih dahulu rakan dalam Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, keutamaan PH ketika ini untuk memastikan agenda perubahan ekonomi rakyat, tatakelola dan tadbir urus yang baik.

“Bagi kita perubahan itu mendesak dan harus disegeraka­n, tetapi jangan hingga mengorbank­an prinsip utuh iaitu perubahan ini mesti dengan maksud kepedulian terhadap masalah rakyat.

“Mesti dengan kesedaran perubahan ini akan membawa perubahan dalam negara, memberi keyakinan kepada pelabur dan menjana pertumbuha­n ekonomi.

“Ini menjadi persoalan pokok dalam PH, sebab itu kita mohon maaf dan perlu menangguhk­an pengumuman mengenai pimpinan bakal menerajui negara,” katanya pada siaran langsung di laman Facebookny­a, semalam.

Kelmarin, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumka­n perbincang­an calon Perdana Menteri bagi gabungan itu masih dilakukan antara parti komponen dan rakan pembangkan­g.

Anwar turut mengakui pentadbira­n PH sebelum ini, menghadapi masalah meraih sokongan rakyat susulan beberapa perubahan cuba dilakukan gabungan itu.

Dalam perkembang­an berasingan, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyokong siasatan menyeluruh dan telus dilakukan terhadap kerugian dagangan tukaran wang asing (forex), bagi mengenal pasti unsur salah guna kuasa dan dana negara bagi kepentinga­n diri serta keluarga.

“Saya tiada masalah membuat siasatan kerana dagangan forex dijalankan sebelum saya menjadi Menteri Kewangan. Itu kena ingat, untuk rekod sejak 1990 sudah ada dagangan forex.

“Ini (siasatan) tidak hanya terbatas kepada forex, tetapi semua hal sama ada pembalakan, salah guna saham, pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Haji atau 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Saya suarakan untuk meneruskan siasatan forex sejak 10 hingga 20 tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, negara dilapor menanggung kerugian RM31.5 bilion dalam tempoh 1992 hingga 1994 susulan dagangan forex, menghalang peluang ekonomi negara berkembang lebih pesat.

Laporan Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990 mendedahka­n kerugian itu juga menjejaska­n keupayaan BNM memenuhi peranannya sebagai bank pusat.

Anwar Ibrahim

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 16 Mei lalu.
Keratan akhbar BH 16 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia