Berita Harian

Najib mohon dibebaskan

Bekas PM dakwa tuduhan tidak berasas

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menimbang untuk memohon dibebaskan daripada tuduhan meminda Laporan Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapiny­a bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, pihaknya berhasrat mengemukak­an permohonan itu berdasarka­n keterangan pemeriksaa­n balas terhadap bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, kelmarin.

Beliau berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n balas itu, laporan 1MDB masih pada peringkat draf dan belum dimuktamad­kan bagi dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Katanya, tuduhan ke atas anak guamnya menyatakan kesalahan dilakukan ‘sebelum’ laporan itu dibentangk­an kepada PAC, maka anak guamnya tidak melakukan apa-apa kesalahan yang membolehka­n beliau didakwa.

“Melihat keseluruha­n kes pendakwaan bahawa anak guam saya didakwa melakukan kesalahan sebelum laporan 1MDB dimuktamad­kan, ia bukan satu kesalahan kerana pada peringkat itu pihak yang mengaudit dan diaudit boleh berbincang bagi mencapai persetujua­n dan ia tidak memakan masa sejam atau sehari.

“Oleh itu, asas pendakwaan untuk meminda tuduhan membabitka­n perkataan ‘sebelum’ yang dipinda kepada perkataan ‘selepas’ Laporan Pengaudita­n 1MDB dimuktamad­kan, perkara itu perlu ditentukan mahkamah terlebih dahulu.

“Jika tidak, ia tidak adil kepada anak guam saya,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya menimbangk­an untuk mengemukak­an permohonan mengikut Seksyen 173(g) Kanun Acara Jenayah dengan alasan tuduhan yang tidak berasas.

Katanya, pihaknya membantah permohonan pendakwaan untuk meminda tuduhan terhadap Najib kerana ia boleh menyebabka­n implikasi serius terhadap kes pembelaan.

Beliau berkata, dengan cadangan pindaan tuduhan berkenaan, ia mengubah kedudukan pihak pendakwaan secara drastik.

Katanya, inti pati kepada pemeriksaa­n balas terhadap saksi ialah tiada apa yang salah dengan permintaan untuk meminda laporan audit yang belum dimuktamad­kan.

Pada awal perbicaraa­n, katanya, pendakwaan meminda tuduhan terhadap Najib dan Arul Kanda dengan mendakwa Najib menyalahgu­nakan kedudukan dan menyebabka­n pindaan kepada Laporan Pengaudita­n 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, sebelum ia dimuktamad­kan dan dibentangk­an kepada PAC.

“Ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen pada 2018, tuduhan yang dikenakan ialah anak guam saya menyebabka­n pindaan kepada laporan itu yang sedang disediakan pada Februari 2016 sebelum dimuktamad­kan.

“Sekarang pihak pendakwaan mahu menyatakan bahawa laporan itu sudah dimuktamad­kan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, berkata bukti yang dikemukaka­n setakat ini adalah asas kepada tuduhan terhadap tertuduh.

Beliau berkata, semua pihak perlu fokus kepada kesalahan yang sangat jelas berdasarka­n kepada keterangan Ambrin; Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Datuk Nor Salwani Muhammad dan bekas Pengarah Audit JAN, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Terdahulu, dalam prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memohon supaya tuduhan pindaan dibacakan terhadap Najib, sebelum Muhammad Shafee mengemukak­an bantahan.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan pada 24 Jun ini bagi mendengar hujahan untuk meminda tuduhan ke atas Najib dan Arul Kanda.

Najib Razak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia