Berita Harian

Hentian R&R Gelang Patah sepi tiada pengunjung

Pengusaha kedai makan terjejas sejak sempadan Malaysia, Singapura ditutup

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Hentian R&R Gelang Patah

Iskandar Puteri: Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah arah Utara yang sebelum ini dikenali sebagai antara R&R tersibuk di negara ini, kini sepi tiada pengunjung sejak sempadan Malaysia-singapura ditutup, 18 Mac lalu.

Tinjauan di R&R berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ),

Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah itu mendapati kebanyakan lot niaga makanan serta minuman di situ kekal dibuka walaupun pegunjungn­ya hanya dapat dikira dengan jari.

Peniaga lot medan selera di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Salbiah, 50, berkata keadaan di situ amat berbeza sebelum ini dengan ribuan pengunjung terutama pekerja Malaysia di Singapura singgah bersarapan atau membungkus makanan seawal jam 4 pagi setiap hari.

“Namun, sejak sempadan ditutup 18 Mac lalu, keadaannya menjadi hambar, malah kami juga baru beroperasi secara penuh mulai Isnin lalu dengan jumlah pengunjung yang sangat sedikit.

“Dulu lebih 10 bas dipenuhi pekerja akan berhenti pada waktu Subuh, tidak termasuk pemandu lori dan ribuan penunggang motosikal yang bersarapan atau membungkus makanan untuk dibawa ke Singapura.

“Sekarang hanya pekerja dan penduduk berhampira­n yang singgah membeli makanan sehingga ada pengusaha terpaksa menutup perniagaan awal sejak kelmarin kerana tidak mendapat sambutan,” katanya.

Mengikut statistik, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia mencari nafkah di Singapura dengan hampir 200,000 daripadany­a berulang-alik antara Johor Bahru ke republik itu, setiap hari dengan motosikal.

Rakyat Malaysia berulang alik ke Singapura menerusi dua pintu masuk darat utama iaitu CIQ Bangunan Sultan Iskandar, di Tambak Johor yang menghala ke Woodlands

selain KSAB, Gelang Patah, yang menghala ke Tuas, Singapura.

Sementara itu, pemandu lori, S Ramesh, 43, berkata, beliau juga merindui suasana meriah di R&R berkenaan yang sebelum ini sentiasa dipenuhi pelanggan sepanjang masa selain dikenali dengan makanan enak terutama nasi lemak.

“Kasihan juga lihat pengusaha medan selera yang mengadu terpaksa memberi cuti kepada kebanyakan pekerja kerana tidak mampu menggajika­n mereka sehinggala­h keadaan pulih nanti,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Azren Jamaludin/bh) ?? arah Utara lengang sejak sempadan Malaysia-singapura ditutup 18 Mac lalu.
(Foto Mohd Azren Jamaludin/bh) arah Utara lengang sejak sempadan Malaysia-singapura ditutup 18 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia