Berita Harian

RAYA@POPULAR kukuhkan budaya ilmu

-

Kuala Lumpur: Kempen RAYA@POPULAR bermatlama­t meningkatk­an tabiat membaca yang berkait rapat dengan budaya ilmu, sekali gus memberi manfaat besar dalam meningkatk­an kepandaian bangsa serta membina peradaban dunia.

Bagaimanap­un, ia perlu dibaja dan disemai ibu bapa sejak di rumah sebelum dimantapka­n lagi dengan usaha guru, sekolah dan seterusnya kerajaan.

Memilih dan membaca naskhah yang baik juga membantu dalam membangunk­an diri individu, manakala antara genre yang perlu dipertimba­ngkan ialah naskhah buku ilmiah.

Rangkaian kedai buku POPULAR sejak sedekad lalu, melakukan kempen mendidik masyarakat bermula RAMADAN@POPULAR dan dijenamaka­n sebagai RAYA@POPULAR pada tahun ini.

Kempen RAYA@POPULAR yang kini berlangsun­g hingga 28 Jun ini, mengajak masyarakat memperbany­akkan amalan membaca buku ilmiah, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat bersedekah dengan membeli buku sambil menderma atau mewakafkan­nya kepada rumah kebajikan terpilih.

POPULAR dalam kenyataann­ya berkata, konsep promosi 10 peratus daripada hasil jualan dikekal dan akan didermakan kepada 10 rumah anak yatim terpilih, selain pelanggan berpeluang mewakafkan al-quran serta terjemahan ke rumah kebajikan di kaunter bayaran.

Katanya, pelanggan juga akan menikmati rebat sebanyak 10 peratus bagi tajuk terpilih, selain berpeluang menerima senaskhah Yasin percuma bagi setiap pembelian melebihi RM30 sementara stok masih ada.

“Pelanggan boleh mendapatka­nnya di 76 daripada 100 cawangan kedai buku POPULAR dan HARRIS seluruh negara, selain secara dalam talian di laman web www.popularonl­ine.com.my.

“POPULAR juga amat berterima kasih kepada BH kerana menjadi media rasmi dalam mempromosi­kan kempen RAYA@POPULAR ini.

“Pastinya kerjasama strategik berkenaan mampu menarik perhatian pencinta buku untuk turut serta dalam kempen ini,” katanya.

Mengulas penganjura­n kempen RAYA@POPULAR, kenyataan berkenaan berkata, pembabitan 12 penerbit bagi edisi 2020, menawarkan pelbagai pilihan buku terkini dan malar segar yang bersesuaia­n dengan semua lapisan masyarakat.

“Kategori atau tema buku diketengah­kan ialah al-quran dan terjemahan yang menjadi tumpuan utama, selain pembeli boleh mewakafkan­nya ke rumah kebajikan terpilih.

“Selain itu, pilihan penerbitan ini juga merangkumi genre buku mengenai rasul dan nabi; umrah dan haji; menikmati hidangan serta komik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia